MY FOLLOWERS

Thursday, August 6, 2015

Berita - Hari Kebersihan Peringkat Negeri Terengganu dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Seberang Takir 1.8.2015.

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....


Hari Kebersihan Peringkat Negeri Terengganu dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Seberang Takir telah diadakan di Dataran Permata, Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Nerus bersebelahan pejabat DUN Seberang Takir, pada 1.8.2015 bagi memberikan kesempatan buat orang ramai menyambut sambutan Aidilfitri bersama rakan dan jiran terdekat yang tidak sempat beraya bersama sebelum ini. 















Majlis ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Dalam ucapannya beliau turut menyentuh isu berkenaan kebersihan negeri dan sikap orang kita sendiri dalam aspek ini berbanding orang luar. Beliau turut memberikan contoh bagaimana seorang ibu dari luar negara yang datang ke negara ini bagi melawat anaknya yang sedang menuntut di negara ini. Dalam satu majlis dihadirinya, ibu itu terkejut kerana sikap orang kita seperti lepas tangan dan menyerahkan sahaja tugas menjaga kebersihan sekitar hanya kepada pihak berkuasa yang bertugas.
















Pelbagai gerai untuk orang ramai merasai juadah yang disediakan. Antara juadahnya ialah cendol, ABC, nasi putih, murtabak, roti john, sate, daging kambing, buah-buahan, nasi minyak, dan banyak lagi. Majlis ini diadakan dari jam 10.45 pagi hingga 3 petang.

No comments: