Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations
Assalamualaikum.....
Ada mesej dalam botol....
Selepas dua tahun menghanyutkan botol berisi sekeping kertas dengan mesej, akhirnya seorang budak mendapat maklum balasnya.
Botol berkenaan ditemui di pantai Ireland selepas dua tahun ia ditulis. Ia ditemui oleh Rory
Golden yang sedang terlibat dalam acara tahunan menyelam skuba ke Pulau Friar ketika dia terlihat sesuatu yang terapung di permukaan air dan mengambilnya.
Bila dibuka, dalamnya ada sekeping kertas digulung dengan mesej daripada seorang budak perempuan dari Massachusetts, bermakna botol berkenaan sudah melalui Lautan Atlantik sejauh 3000 batu!
Mesejnya:
“My
name is Natalie. I’m throwing this bottle into the ocean at Quidnet
beach on the island of Nantucket on August the 25th, 2013. If you find
it please write to me and tell me you found my 2013 message in a bottle.
Thanks.”
Menurut apa yang ditulis dalam Irish Independent,
Golden menemui Natalie dan merancang untuk memulangkan semula botolnya itu. Dia telah berjumpa dan bercakap dengan bapa Natalie yang memberitahu bahawa mereka telah meluangkan masa setiap musim panas di Nantucket dan melepaskan botol ke laut dengan mesejnya. Mereka telah melakukannya sudah selama 10 tahun.
Dalam era moden hari ini, ketika teknologi komunikasi telah memudahkan pelbagai cara komunikasi, adalah sesuatu yang indah bila terkenang bagaimana cara orang dahulu berkomunikasi.
Sumber yang hanyut di laut: SINI |
No comments:
Post a Comment