Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang perihal sesuatu sejarah berkaitan, kena cari orang tua yang pernah hidup pada zaman tersebut yang masih hidup. Mesti banyak yang mereka tahu dan lagi bagus bukan cerita dengan gerak-gerak tangan sahaja tetapi dengan ditunjukkan sekali dokumen berkaitan seperti foto, pakaian, surat atau barang-barang lama.
Selama dua hari pada Ogos 1945, pesawat Amerika menjatuhkan bom atom yang memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki, satu-satunya kali apabila senjata nuklear digunakan dalam peperangan. Jepun menyerah diri pada 15 Ogos menandakan tamatnya Perang Dunia Ke-2. Ini merupakan kisah sebuah bangunan di Hiroshima yang masih berdiri teguh selepas 70 tahun peristiwa berkenaan.
Batu dan dinding konkrit yang berderai di Atomic Bomb Dome, menjadi sebahagian daripada tinggalan sejarah selepas peristiwa bandar Hiroshima diletupkan dengan bom atom. Bom yang memusnahkan bandar Hiroshima itu dan ada beberapa orang di kalangan warga emas dari Jepun itu berada di sini dan melihatnya dari sebalik pagar kawasan berkenaan untuk menceritakan apa yang berlaku dari perspektif mereka tujuh dekad lalu.
"Saya tidak mahu melihatnya lebih lama," kata Kimie Mihara, seorang bekas pekerja di pejabat ketika peristiwa itu berlaku. Pada pagi 6.8.1945, bangunan tersebut merupakan pejabatnya. Dia terlewat untuk masuk kerja. Itu menjadi sebab dia masih hidup pada hari ini.
"Bila kawasan ini didaftarkan sebagai Tapak Warisan UNESCO, saya ingat mahu datang ke sini tetapi saya tidak mahu melihatnya," katanya.

Bangunan
kubah ialah binaan untuk perlindungan satu masa dahulu, satu tempat
selamat untuk kucing terbiar berehat atas ambang tingkap. Runtuhan
daripada dinding dan bumbung, ada antaranya sepanjang 3 meter dan banyak
lagi bertaburan atas tanah dan dapat dilihat menerusi lubang pada
dinding dan bingkai tingkap yang kosong. Binaan berkenaan dibina pada
1915 dan satu-satunya contoh kejuruteraan Barat yang ada di Hiroshima
ketika itu. Jan Letzel, arkitek dari Czech merekanya menjadi satu mercu
tanda bandar itu dan dewan pameran untuk kegunaan promosi industri dan
kebudayaan.
Bangunan 3 tingkat itu berada 160 meter dari pusat letupan dan satu-satunya yang masih kekal di kawasan itu. Ia salah satu struktur dibina dengan batu dan besi dalam bandar yang kebanyakan binaannya daripada kayu. Banyak binaan lain musnah dalam letupan itu yang menukarkan pelabuhan laut menjadi padang jarak padang tekukur dan membunuh anggaran 140,000 orang. Ada yang mati kerana kecederaan dan pendedahan radiasi sehingga akhir 1945. 30 pekerja dipercayai berada dalam kubah itu untuk berurusan dengan pejabat kerajaan ketika perang meletus. Ramai yang terkorban walaupun selebihnya tidak pernah ditemui.
Hari ini bangunan tersebut terlalu bahaya untuk dibuka kepada orang awam, namun ia masih menjadi tarikan di Peace Memorial Park, dan mesti dilawati oleh 11 juta pelawat yang datang ke Hiroshima setiap tahun dengan 650,000 dari luar Jepun.
Mihara ketika itu berumur 19 tahun dan bekerja dalam kubah itu selama 2 bulan. Seorang pekerja kementerian dalaman, dia membantu dalam kerja-kerja jabatan perakaunan. Dia mengimbau kembali betapa sibuknya dia ketika itu. Pejabatnya di tingkat bawah menghadap ke sungai dan dia masih tiada masa untuk menghadap ke luar tingkap kerana tugasnya. Dia masuk pejabat jam 8 pagi. Pesawat pengebom Amerika B-29 Bomber Enola Gay menjatuhkan bom pada jam 8.15 pagi. Dia berkata dia letih secara luar biasa pagi itu dan terasa tidak dapat pergi kerja.
"Saya masih hidup sebab masuk kerja lewat hari itu." katanya. "Ya, saya sedar betapa bertuahnya saya kerana tiada di situ. Bila diingat semula, semua yang mati kerana masuk awal pagi itu, saya simpati dan sedih untuk mereka."
Dia hanya ingat sebahagian mengenai pekerjanya yang kebanyakannya lelaki. Walaupun dia terselamat dalam letupan itu, mukanya, tangan dan kakinya terbakar teruk dan ada parut yang masih kekal sehingga kini. Rumahnya musnah dan dia terlantar selama 3 bulan, dia kehilangan bapanya yang dipercayai berada dalam pejabat berdekatan dengan kawasan letupan. Baki ahli keluarga yang masih hidup ketika itu meninggalkan Hiroshima dan mulakan hidup baru di tempat lain. Mihara bertemu suaminya di Kyushu, pulau di selatan Hiroshima dan ada 3 anak bersamanya.
Bagi ramai wanita yang masih hidup selepas kejadian itu, mereka dapati sukar untuk berkahwin dan ada keluarga sebab bimbang tidak dapat melahirkan anak yang sempurna. Mihara berkata suaminya begitu terpukul dengan kejadian ini. Dia mati ketika masih muda dan Mihara kembali ke Hiroshima untuk membantu keluarganya sehingga dia bersara.
Selepas perang, Hiroshima memutuskan untuk mengekalkan bangunan kubah itu seperti pada 1961, menjadikannya ikon kemusnahan bandar itu. Bangunan ini didaftarkan sebagai tapak warisan UNESCO pada 1996 sebagai mesej dunia tanpa nuklear dan keamanan.
Sepanjang 70 tahun lalu, Mihara hanya ada sebahagian kenangan di kubah itu.

Sumber letupan bergegarrr: SINI |
No comments:
Post a Comment