MY FOLLOWERS

Friday, August 14, 2015

Hidupan Liar - Lipan Merah Gergasi Menjadi Viral di Internet

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images, LiveScience

 

Assalamualaikum.....

Jangan cari pasal!



Beberapa minggu lalu, Texas Parks and Wildlife Department (TPWD) meletakkan post dengan foto seekor lipan merah gergasi di laman sosial mereka yang menjadi viral. Meskipun ramai yang berasa takut namun lipan inisekurang-kurangnya tidak makan orang. Lipan ini (Scolopendra heros) yang boleh ditemui di beberapa kawasan di selatan Amerika Syarikat dan utara Mexico sudah banyak kali mengejutkan orang ramai dengan kehadirannya, menurut Ben Hutchins iaitu seorang ahli biologi TPWD.

Dalam satu artikel majalah keluaran TPWD keluaran tahun 2014, Ben Hutchins menyatakan lipan ini biasanya ada di bawah batu, batang kayu atau bawah dedaun. Adakalanya ia masuk juga ke rumah kediaman dan mencetuskan panik.

Lipan ini sepanjang 8 inci dengan 21 atau 23 pasang kaki dan menggunakan apendej yang ada padanya untuk memegang mangsanya ketika makan. Walaupun ia biasa memakan haiwan invertebrata lain, ia juga dikenali kerana memakan mangsa yang lebih besar seperti roden, ular, cicak, katak atau haiwan vertebrata lain. Bila dalam kurungan, ia biasa memakan rama-rama, menurut sumber dari University of Arkansas Arthropod Museum. 

Lipan ini membunuh mangsanya dengan taring yang ada dekat dengan mulutnya dan mengandungi kelenjar racun yang akan menyuntik racun kepada mangsanya. Selain itu, kakinya juga mampu menyuntik racun dengan membuat insisi kecil pada kulit mangsanya. Jika ia menggigit manusia, kesannya sangat menyakitkan.

Mangsa gigitannya dilaporkan mengalami kesakitan dan bengkak selain nekrosis kulit (tisu mati), pening, mual dan sakit kepala.

Dalam artikelnya, Hutchins turut merekodkan kerosakan tisu otot, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung sebagai kesan sampingan daripada gigitannya. Satu kes direkodkan pada 2006 dalam Emergency Medical Journal menyatakan gigitan yang datang daripada spesis Scolopendra, biasanya menjadi punca serangan jantung yang mendadak pada mereka berusia 20an. Sama ada lipan ini yang memulakannya atau tidak, itu tidak dinyatakan dalam artikel berkenaan.

Dinasihatkan juga, jika terjumpa lipan ini di mana-mana, berhati-hatilah dengan badannya yang berwarna-warni. Dikenali dengan corak warna amarannya, warna terang yang ada padanya adalah sebagai amaran kepada pemangsanya yang ia mungkin kelihatan seperti boleh dikerjakan tetapi sangat beracun.



Jaga-jaga dengan sengatan lipan:   SINI  |    SINI  |   



No comments: