Gambar ihsan: Yahoo Travel
Assalamualaikum.......
Sememangnya di Amerika Syarikat, banyak perkara yang menakutkan. Bukan setakat rumah, tempat tinggal, hotel, macam-macam. Kali ini taman tema hiburan dengan roller coaster pula. Pergghhh!
Adalah biasa bagi banyak taman tema bersaing untuk memberikan hiburan terbaik kepada pengunjung. Dalam pembinaan roller coaster, jurutera mesti akan bina yang terbesar, terlaju, terbaik, dan macam-macam ter- lagi.. termasuk yang paling menakutkan.
Sempena Hari Roller Coaster pada bulan Ogos lalu, kenderaan hiburan gila (?) ini mendapat perhatian yang diharapkan.
Aaaaaaaarrrrrrrggggghhhh!!!
Kingda Ka: Six Flags Great Adventure — Jackson, NJ
Terletak di taman tema di Amerika Utara, berkelajuan 0-128 batu sejam dalam masa 3.5 saat. Memecut ke ketinggian 456 kaki pada 90 darjah dan turun ke pusingan 270 darjah.
Goliath: Six Flags Magic Mountain — Valencia, Calif.
Dengan kejatuhan 255 kaki pada kelajuan 85 batu sejam menjadikannya junaman paling laju dan terpanjang di dunia.
Phantom’s Revenge: Kennywood — West Mifflin, Pa.
Meskipun taman tema ini tidak sebesar mana, tetapi ada satu roller coaster di Kennywood yang meluncur pada kelajuan 85 batu sejam dan salah satu paling laju di dunia. Dengan perjalanan selama 1 minit dan 57 saat, pengunjung akan lalui junaman 228 kaki berserta pusingan 180 darjah.
Titan: Six Flags Over Texas — Arlington, Tex.
Titan dengan junaman 255 kaki. Di Texas, semuanya besar dan roller coaster di taman tema ini salah satu daripadanya. Ia mempunyai gabungan kelajuan dan pusingan dalam kelasnya yang tersendiri - hyper twisted! Selepas menjunam 255 kaki, pengunjung akan memcut ke dalam terowong sebelum berpusing 540 darjah. Dengan kelajuan 85 batu sejam, ia bergerak selama 3 minit 20 saat. Memang gila!
Fury 325: Carowinds — Charlotte, N.C.
Fury 325 dibuka pada bulan Mac lalu selepas selesai ujian operasinya. Dengan Giga Coaster tertinggi iaitu 325 kaki dan kelajuan maksimum 95 batu sejam, pengunjung akan melalui perjalanan trek sejauh 6602 kaki melepasi trek berbukit dan dua lengkungan heliks, dan mestinya akan disusuli jeritan menggila. Hahaha!
Millennium Force: Cedar Point — Sandusky, Ohio
Nama diinspirasi daripada filem Star Wars. Millennium Force menyediakan pengunjung dengan perjalanan selama 2 minit dengan 310 kaki jarak ke udara sebelum memecut ke bawah 93 batu sejam.
The Intimidator 305: Kings Dominion — Doswell, Va.
The Intimidator 305 begitu mengujakan dan sesiapa yang menaikinya pasti tidak akan lupakan pengalaman 'ngeri'nya. Ia merupakan Giga Coaster kedua dibina di Amerika Utara. Laluan awal sejauh 300 kaki akan mencecah 90 batu sejam dan akan membuat sesiapa yang duduk di tempat belakang terasa seperti akan terbang keluar (fuhh! takut gila!) sebelum ia berpusing 270 darjah. Perjalanan 3 minit akan menjadi mimpi ngeri buat pengunjungnya.
Kalau ada yang tidak terasa sebarang kengerian, mungkin ada seorang .......
Wakakakaka...sikit pun tak takut!
Gila lagi mengerikan: SINI |
Kalau ada yang tidak terasa sebarang kengerian, mungkin ada seorang .......
Wakakakaka...sikit pun tak takut!
Gila lagi mengerikan: SINI |
No comments:
Post a Comment