Gambar ihsan: FB, Google Images
Assalamualaikum........
Sesiapa yang suka minum minuman berkarbonat, ketahuilah ia sebenarnya tiada zat langsung, hanya membuang duit dan membuatkan badan masuk angin sahaja! Tidak lebih sekadar penipuan, ia disiarkan dalam banyak iklan di tv sejak zaman-berzaman memaparkan keseronokan dari luaran sebagai tarikan untuk rakyat marhaen keluarkan duit untuk membeli dan terus membelinya. Hasilnya sehingga hari ini ramai yang tertipu dan masih kena tipu.
Sebelum ini ada satu paparan artikel di internet memaparkan apa akan jadi kepada mereka yang banyak minum minuman ini. Ia seperti satu bentuk eksperimen mudah tetapi perlukan sedikit pengorbanan. Dalam hal ini, Coca-Cola adalah contohnya. Dalam paparan itu, ada foto penyiarnya kurus pada awalnya dan selepas berterusan minum Coca-Cola, badannya jadi gemuk dan boroi.
Dalam buku yang saya baca, penulisnya kata Coca-Cola dibelinya digunakan bukan untuk minum tetapi sebagai bahan untuk mencuci kereta dan lantai. Maka semua kena fikir kalau minuman ini mampu beri kelebihan untuk kegunaan dalam rumah sehingga ke tahap itu, apa pula kesannya pada tubuh dan isi perut selepas diminum? Kalau sudah sedar, baguslah. Lebih baik beralih pada teh, kopi, susu atau madu, yang lebih memberi manfaat. Buku itu boleh cari di kedai buku bertajuk Rasulullah Is My Doctor. Sudah beli, bacalah sampai habis dan anda akan tahu lebih lanjut.
Sudah berzaman juga kita disuruh boikot produk ini dan yang seumpamanya. Namun ia masih dijual di pasaran, tetapi sesuatu yang bagus juga apabila sekarang ini ramai yang sedar dan mengusahakan produk keluaran tempatan bagi menggantikan produk keluaran Israel ini. Persoalannya, sejauh mana ia dapat menguasai pasaran? Kenapa ia masih di pasaran? Sebab bisnes dan duit. Pernah ketika isu boikot ini masih panas, ada juga yang berpendapat kita tidak boleh suka-suka hati sahaja mahu lakukannya sebab kena fikir juga dengan faktor ekonomi negara ini. Kalau begitu, bagaimana dengan peristiwa boikot yang berlaku di Denmark atau Indonesia satu ketika dahulu yang dengarnya memboikot McDonalds sehingga Denmark terkesan dengan keadaan ekonominya dan ada francais makanan berkenaan ditutup?
Dalam satu artikel lain yang diperoleh daripada FB, produk ini dinyatakan sebagai paling bertoksik dan soda paling bahaya ciptaan manusia. Produk ini merupakan satu jenama paling berharga dalam sejarah dan Coca-Cola mempunyai tahap keasidan hampir sama dengan asid dalam bateri.
Ya, macam yang dikatakan tadi, bahannya sangat berkesan untuk digunakan sebagai bahan pembersih seperti detergent. Coca-Cola boleh membersih jauh lebih baik daripada produk pembersih lain. Ringkasnya ia beracun kepada tubuh badan kita. Fikir lagi - inikah yang masuk dalam badan kita setiap kali meminumnya
dan tidakkah kita berasa hairan kenapa kita masih hidup selepas itu?
Cuba pula fikir, kalau kita minum terus asid bateri, apa akan jadi?
Keracunan dan mati!
Berdasarkan beberapa kajian, tahap pH dalam sebahagian soda ialah 2.5. Dalam Coca-Cola, ia lebih banyak lagi berbanding soda lain. Tahap pH asid = 1, pH air = 7.
Dalam jangka panjang, adalah lebih baik berhenti meminumnya sekarang kerana ia boleh merosakkan enamel gigi dan membuatkannya mudah reput.
Di sini ada beberapa cara bagaimana minuman ini digunakan selain diminum:
Dalam jangka panjang, adalah lebih baik berhenti meminumnya sekarang kerana ia boleh merosakkan enamel gigi dan membuatkannya mudah reput.
Di sini ada beberapa cara bagaimana minuman ini digunakan selain diminum:
- Ia boleh menjadi satu jenis untuk bersihkan kuali leper (frying pan) yang hangus. Rendamkannya dalam air minuman ini dan biarkan sekejap, kemudian bilas dengan air. Ia juga boleh bersihkan bahagian dalam cerek air.
- Boleh larutkan gigi. Ada sesiapa yang tak sayangkan gigi? Hehehe...
- Menjadikan barangan krom kembali berkilat
- Boleh tanggalkan kotoran gris daripada pakaian.
- Asid dalam Coke boleh bunuh siput dan lintah bulan!
- Boleh hilangkan kesan darah pada pakaian.
- Boleh bersihkan duit syiling lama. Kalau rendam ia dalam Coke, boleh hilangkan kesan kusam dan duit akan jadi berkilat.
- Berkesan untuk hilangkan karat. Rendam span dalam Coke dan gosok pada kesan karat itu.
- Buang gam pada rambut.
- Boleh bersihkan kesan minyak pada lantai.
- Curah sedikit pada terminal bateri kereta dan tengok hasilnya. Boleh juga digunakan untuk bersihkan enjin. Pengedar Coke zaman dahulu telah lakukannya.
- 2 liter Coke cukup untuk bersihkan karat pada kolam.
- Boleh bersihkan tandas. Curahkannya pada keliling mangkuk tandas, biarkan beberapa minit dan bilas.
- Curahkan sedikit pada kesan marker atas karpet, gosokkan dan bilas dengan air sabun.
- Kalau curahkan pada lantai dapur dan tinggalkannya sekejap, kemudian lapkannya dan jubin lantai akan kembali bersih.
- Curah sedikit diet Coke pada rambut untuk buang pewarna (dye), tunggu sekejap dan bersihkan.
- Boleh bersihkan kotoran pada vitreous.
- Boleh buangkan kesan cat pada perabot besi dengan cara rendamkan tuala dalam Coke dan letakkan pada permukaan.
Lagi banyak yang menarik: SINI |
Sekarang terfikirkah anda untuk terus minum minuman ini?
No comments:
Post a Comment