Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Ada dua kategori manusia dalam bab ini - satu yang suka mandi sebelum tidur dan satu lagi yang suka mandi bila sudah bangun dari tidur. Masing-masing punya alasan sendiri. Yang suka mandi malam iaitu sebelum masuk tidur, sebabnya tidak suka dengan kotoran dan kuman dari siang hari yang menjijikkan manakala yang mandi sejurus bangun tidur pula kata memulakan hari dengan membersihkan diri daripada peluh malam lebih baik. Jadi mana satu sebenarnya yang betul??
Sebenarnya semuanya boleh, tetapi tengok juga keadaan. Semua faktor boleh diambil kira daripada pekerjaan, gaya hidup, jenis kulit hingga jumlah pencemaran dan bidang pekerjaan yang terlibat, menjadi penentu bila anda perlu mandi.
Mandi pagi jika ....
Jenis kulit berminyak - minyak pada kulit boleh terbentuk pada sebelah malam ketika tidur dan mandi pagi ialah cara terbaik membersihkan liang pori pada kulit. (NYC-based internist Holly Phillips, MD)

Suka mulakan hari dengan bercukur - Untuk lelaki, mandi akan melembutkan rerambut pada wajah dan menjadikan cukuran lebih licin dan mudah.
Mudah sahaja bangun pagi.
Selalu berpeluh pada waktu malam.
Tidak berdepan dengan banyak kuman.
Mandi malam pula jika ........
Perlu rasa dingin sebelum tidur - Ramai yang kata mandi malam membantu lebih relaks dan cara bagus untuk lebih santai. Walaubagaimanapun, ada pengkaji berkata mandi malam akan mengubah suhu badan yang boleh mengganggu ritma tubuh. Jika ini berlaku, maka cuba mandi beberapa jam sebelum tidur.

Anda pakai mekap - bersihkan muka dengan pembersih sangat penting. Mungkin membasuh muka sahaja tanpa mandi dirasakan sudah cukup tetapi mandi membantu membuang sisa-sisa mekap.
Kulit kering - Anda mempunyai kulit kering atau ekzema.
Faktor persekitaran yang tidak steril - Cara terbaik untuk membuang segala kotoran setelah penat bekerja sepanjang hari.
Senaman yang lasak di siang hari - jika anda seorang yang aktif atau bekerja di luar pada waktu siang.
Disarankan juga oleh Dr Phillips supaya jangan kerap sangat mandi kerana ia akan membuang bakteria baik untuk tubuh yang melindungi kulit atau mengeringkan kulit dengan berlebihan yang boleh menjuruskan kepada jangkitan kulit.
Mandi, jangan tak mandi: SINI |
Mandi, jangan tak mandi: SINI |
No comments:
Post a Comment