Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Bermula bulan April 2015, semua rakyat mula terkesan dengan perlaksanaan kutipan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST ini, daripada yang dewasa hinggalah budak-budak yang masih bersekolah. Kenapa? Sebab cukai ini dikutip daripada setiap pembelian barangan dan bayaran perkhidmatan yang dibuat. Fikirlah sendiri, keperluan harian setiap orang tidak sama, jadi berapa banyak barangan keperluan dibeli setiap hari oleh rakyat? Berapa banyak yang perlu dibayar oleh setiap yang pegang ada di tangan kepada penjual yang perlu ambil barangan daripada pengilang dan pembekal? Berapa banyak perkhidmatan yang diguna setiap hari? Kalau terasa jumlahnya melampaui apa yang dibayangkan, maka munasabahlah apa yang pernah didedahkan dalam akhbar sebelum ini ketika ia mula-mula dilaksanakan iaitu kutipannya sekitar RM42 juta sehari!
Kesannya? Para peniaga mestilah mahu tampung semula jumlah kutipan harian mereka, kalau tidak mereka akan tanggung kerugian juga. Kalau rugi, macam mana mahu berniaga esok, lusa, dan seterusnya? Maka mahu atau tidak, terpaksalah naikkan harga pada sekian sekian jumlahnya. Bukan seorang tetapi ramailah yang akan buat begitu. Kesannya, para pembeli iaitu rakyat jelata semakin kurang kuasa membeli. Ambillah contoh, kalau dahulu RM50 boleh beli banyak barang, kini sudah semakin kurang. Rasanya dalam hal ini, pembaca boleh cari sendiri perbincangan lanjut di mana-mana forum di internet. Tidak cukup setakat barangan di kedai runcit, habis sampai ke isian prabayar pun tidak terlepas daripada penangan cukai ini.
Dari sudut lain, duit cukai yang dibayar ini sampai ke mana? Sampai ke pihak siapa? Apa jadi pada duit cukai yang sudah berjuta-juta RM dikutip ini? Apa imbal balik yang diterima oleh rakyat jelata ini daripada pembayaran cukai ini? Adakah rakyat seluruhnya dapat beli kenderaan dengan harga lebih murah? Dapat beli kenderaan dengan ciri lebih selamat dan lebih dipertingkatkan? Dapat beli rumah dengan ciri bahan lebih kukuh dan lebih selamat? Dapat bayar perkhidmatan kesihatan pada harga lebih murah? Dapat guna perkhidmatan awam yang lebih efisien di semua tempat dalam negara? Duit kutipan sebegitu banyak akan ke mana? Atau adakah persoalan lain lagi?
Apa yang pihak kerajaan buat sehingga begitu banyak menimbulkan kemarahan ramai pihak? Rumah sudah siap, takkan pahat masih berbunyi kalau tiada apa yang tidak kena....
Dalam satu artikel di Yahoo News sebelum ini dinyatakan rakyat negara ini masih tertanya-tanya macam mana bayaran cukai ini memberikan imbal balik kepada mereka. Setiap hari jumlahnya berjuta-juta. Apa yang rakyat dapat? Daripada menikmati hasil daripada satu sistem percukaian yang diwarwarkan sebagai lebih baik daripada sistem sebelumnya, warga isi rumah sebaliknya berdepan dengan masalah kenaikan harga barangan di pasaran, bertentangan daripada apa yang diwarwarkan.
Contohnya seorang pemandu teksi berkata perlaksanaan sistem cukai ini menyebabkan dia terpaksa bekerja lebih masa bagi menampung keperluan kewangan sedia ada dan terpaksa mengurangkan belanja Hari Raya Aidilfitri dan membeli barang pada harga yang lebih murah, umpamanya di Mydin. (Harga murah, tapi kualiti?) Katanya lagi semua orang terpaksa berkompromi dengan semua harga barang yang dijual. Terpaksa menyesuaikan diri namun beban turut ditanggung.
En Zawawi berkata perbelanjaannya meningkat 30% selepas GST dilaksanakan dan harga alat ganti untuk teksinya pula meningkat 40%. Harga tayar paling murah RM140 berbanding dahulu RM100.
Dia juga ingin tahu ke mana duit cukai ini pergi dan bagaimana ia memberi manfaat kepada yang bekerja sepertinya.
"Daripada yang saya baca dan tahu, GST ini cuma untuk bayar hutang kerajaan yang berlambak. Tiada apa untuk rakyat." katanya.
Ini cuma satu contoh daripada banyak pengalaman yang sudah dilalui sepanjang GST dilaksanakan.
Beberapa bulan pertama ia dilaksanakan menyaksikan nilai ringgit susut manakala penurunan rizab asing negara sebanyak US$ 5 billion pada Julai lalu membawa kepada laporan Bank Negara Malaysia menggunakannya untuk kekalkan nilai ringgit pada paras RM3.8 kepada US$1 dollar.
Tahun lalu, gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Seri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata harga barang dijangka naik buat sementara hasil perlaksanaan GST namun beliau juga berkata kadar inflasi dijangka stabil sekita 3% menjelang 2016. Putrajaya mensasarkan untuk mengutip RM23.2 billion menerusi GST.
Sumber banyak duit: SINI |
No comments:
Post a Comment