MY FOLLOWERS

Tuesday, August 25, 2015

Artikel - Bukan Setakat Rokok, Vape Pun Haram

Kredit kepada: Yahoo News, Ilustrasiaku.com, Blog FitriHadi, Blog De-Palma
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....




Rokok elektronik yang kita kenali hari ini sebagai Vape, tidak kisahlah dengan perisa apa pun yang datang bersamanya, telah difatwakan sebagai HARAM oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusinya, Professor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata keputusan itu berdasarkan undang-undang yang sama terhadap shisha, juga dikenali sebagai hookah.

"Kita sudah bincangkan tentang isu rokok dan shisha dan ia boleh disamakan dengan vape ini. Pertama, ia berbahaya. Kedua, ia membazir. Ketiga, ia menjejaskan kesihatan. Jadi, bila kesannya sama, kita putuskan ia sebagai haram." kata beliau.

"Kita telah putuskan dan tiada masalah dengan fatwa. Kementerian Kesihatan juga memaklumkan mereka menunggu hasil keputusan daripada pakar tetapi kami sudah mendahului dalam hal ini, kerana secara asasnya jika ia menjejaskan kesihatan dan membazir, maka kita tidak boleh bersetuju dengan hal ini."





Pada 13 Julai 2013, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menyatakan shisha adalah haram untuk umat Islam selain menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara dan pembentukan generasi akan datang. Jawatankuasa juga mendapati semua penemuan sains daripada kajian komprehensif dalam dan luar negara membuktikan shisha tidak baik kepada kesihatan dan segala amalan berkaitannya di kalangan generasi muda lelaki dan wanita adalah membimbangkan.

Rokok elektronik juga dikenali sebagai e-cig atau e-cigarette, personal vaporizer (PV) atau electronic nicotine delivery system (ENDS) dikuasakan dengan bateri yang memberikan perasaan sama seperti merokok tanpa pembakaran tembakau. 

Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyatakan apa sahaja jenis rokok ini harus dihentikan sementara sehingga mendapat keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam masa dua bulan lagi. Beliau berkata kementerian masih dalam perbincangan dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan kesan kesihatan daripada amalan merokok jenis baru ini. 



Merokok membahayakan kesihatan... pun tak paham-paham:   SINI  |  SINI  |  SINI  |  SINI  | 



No comments: