MY FOLLOWERS

Thursday, August 6, 2015

Hidupan Liar - Manatee Kembar Baru Lahir....

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations, Google Images



Assalamualaikum.....



Haiwan dinamakan manatee ini jarang lahir secara kembar. Jika ada pun, peluangnya hanya 2 %. Adalah sesuatu yang menarik jika sesekali dapat melihat ia melahirkan anak kembar. Ia dilihat di perairan Homosassa Springs, Florida berenang bersama ibunya.





Seorang pakar di Fish and Wildlife Services, Ivan Vicente berkata kebiasaannya ibunya yang menyusu mengasingkan diri di kawasan kurang sesak untuk melindungi anak yang dilahirkan namun yang ini dengan kemunculan yang luar biasa. Ivan Vicente meramalkan ibunya akan berada di kawasan lebih terpencil di Homosassa selama beberapa minggu lagi sebelum memperkenalkan anaknya di kawasan pantai sepanjang Teluk Mexico. 

Haiwan ini membesar hingga sepanjang 13 kaki dan ada kaitannya dengan gajah. Haiwan ini dilindungi dan merupakan satu lagi dalam senarai spesis terancam. Di Florida, terdapat kurang daripada 6000 ekor sahaja ketika ini. 



Sumber rujukan:   SINI  |   








No comments: