Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Sambungan daripada Bahagian 1 dan 2 sebelum ini.
Sambungan daripada Bahagian 1 dan 2 sebelum ini.
Mangsa terselamat semakin berusia, kisah peristiwa ini diceritakan kepada generasi seterusnya pula.
Seorang lelaki, Shigeyuki Katsura berusia 84 tahun yang menjadi mangsa terselamat dalam letupan bom atom di Nagasaki. Ketika itu dia masih 20 km dari rumahnya. Dia mengenang kembali saat ketika berlaku 'hujan hitam' yang membebaskan partikel radioaktif dan menceritakan bagaimana dia menjadi sakit beberapa hari kemudian.

Yang mendengar seramai 8 orang, ada yang bertanya soalan dan menulis nota. Mereka berharap untuk menceritakan kisah ini kepada generasi akan datang selepas ketiadaannya sambil mengimbau kembali peristiwa yang berlaku pada 9 Ogos 1945.
Dalam satu program kendalian kerajaan di pinggir bandar barat Tokyo di Kunitachi, 20 orang pelatih berusia antara 20 dan 70 tahun yang mempelajari sejarah era peperangan mengambil subjek pengucapan awam daripada pengacara tv dan mendengar kisah daripada Katsura dan ada penduduk Kunitachi yang terselamat dalam kejadian di Hiroshima.
"Sudah 70 tahun ia berlaku sejak pengeboman itu dan kami yang terselamat semakin tua. Masa semakin suntuk dan kita perlu cepat," kata Terumi Tanaka, ketua satu kumpulan nasional, berpusat di Tokyo iaitu Japan Confederation of A and H Bomb Sufferers' Organizations.

Pada 25 Julai 2015, pelatih, Mika Shimizu, 32, seorang guru sekolah menengah dalam satu ucapan sambil didengari Shigeyuki Katsura, seorang mangsa terselamat berusia 84 tahun dalam letupan di Nagasaki, ketika satu program anjuran kerajaan di Kunitachi, barat Tokyo.
Meskipun berada dalam era teknologi digital moden, mereka masih belajar secara bersemuka daripada generasi lama untuk meneruskan tradisi bercerita. Bentuk cerita masih sama dalam video dan teks di internet namun penganjur berasakan bercerita secara berdepan lebih mempunyai nilai sentuhan kemanusiaan.
Pada 6 Ogos 1945, bom atom memusnahkan bandar Hiroshima membunuh 140,000 penduduknya dengan kecederaan dan kesan serta-merta akibat radiasi dalam masa 5 bulan, manakala sebiji lagi bom atom dijatuhkan di Nagasaki membunuh 73,000 orang. Jumlah kematian dalam serangan ini dan kesan radiasi disebabkan olehnya meningkat sehingga 460,000 orang dengan jumlah terselamat merosot kepada sekitar 183,000 orang, berdasarkan statistik kerajaan. Kebanyakan yang terselamat tinggal di Hiroshima dan Nagasaki dan Katsura seorang daripadanya tinggal di Kunitachi. Hanya beberapa orang daripada mereka ini termasuknya yang masih sihat dan membuat kemunculan awam.
Tanaka, pesara profesor kejuruteraan terselamat di Nagasaki telah kehilangan 5 ahli keluarga ketika itu berusia 13 tahun. Adalah hampir mustahil bagi pencerita untuk menggambarkan tahap kengerian sebagai yang terselamat namun berharap imaginasi, belas kasihan dan komitmen untuk membawa keamanan akan membantu.
Katsura ketika kejadian berusia 14 tahun dan rakan sesekolahnya sedang bekerja mengangkat bahagian senjata dari sekolah mereka ke kilang sewaktu bom atom 14 "Fat Man" meletupkan bandar Nagasaki.
"menyaksikan apa yang senjata nuklear mampu lakukan ke atas manusia adalah sesuatu yang salah, dan kesalahan sama tidak boleh berulang. Itu yang menggerakkan saya untuk menceritakan pada semua dan saya akan terus lakukannya selama saya masih hidup." katanya.
Pegawai Kunitachi, Mamiko Ogawa berkata bercerita memerlukan pemahaman mendalam dari aspek latar belakang sejarah dan perasaan mereka yang terselamat dan juga personaliti pencerita. Itu yang membezakannya daripada arkib digital.
"Saya rasa kaedah terbaik adalah dengan cara ia diceritakan oleh orang sebenar. Saya berharap pelatih dapat menyerap pengalaman daripada mereka yang terselamat ini supaya mereka dapat ceritakannya kembali menggunakan kepekaan mereka sendiri." katanya.
Letupan bom hancur lebur: SINI | SINI |
No comments:
Post a Comment