MY FOLLOWERS

Friday, August 14, 2015

Artikel - Lubang Hitam X-Ray Nova

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Selepas 26 tahun 'tidur', satu lubang hitam membebaskan sinar-x yang mencetuskan sedikit kekecohan di balai cerap astronomi pada 15 Jun lalu. Ahli astronomi mengenalpasti lubang hitam itu sebagai "X-ray nova" ?satu keadaan kilauan bintang yang meningkat secara tiba-tiba, yang datang dari sistem binari yang terletak di buruj Cygnus. Pancaran berkenaan mungkin berlaku akibat objek yang termasuk dalam lubang berkenaan. Imej paparan kali pertama dari satelit Swift kepunyaan NASA dan eksperimen Jepun di International Space Station.

 

 
"Relatif dengan jangkamasa balai cerap di angkasa, kejadian ini sangat jarang berlaku," kata Neil Gehrels, penyiasat Swift di NASA's Goddard Space Flight Center dalam satu kenyataannya.

Sistem binari bertanggungjawab atas letupan itu yang dipanggil V404 Cygni.

Letupan itu hasil daripada bintang yang kecil sedikit daripada matahari yang mengorbit lubang hitam yang 10 kali jisimnya. Tempoh orbit hanya 6.5 hari menjadikannya 10 kali lebih laju daripada planet Utarid yang mengorbit matahari. Oleh sebab bintang itu dekat dengan lubang hitam, gas ditarik daripada bintang tersebut. Lama kelamaan ia membentuk cakera di sekeliling lubang hitam. Bila gas menyejuk, ia mampu menolak tarikan lubang hitam tetapi apabila gas semakin banyak terkumpul dan semakin jadi panas, empangannya meletup dan gas kembali ditarik ke dalam lubang hitam. Gas panas yang bergerak laju memancarkan sinar-x ketika ia masuk dalam lubang hitam.


Dua bintang ini aktif sebelum ini dalam bentuk spora. Sistem ini berubah-ubah dalam sinar terang pada 1938 dan 1956 dan dalam bentuk sinar-x pada 1989. Letupan seterusnya didapati menggunakan peralatan di stesen angkasa Russia's Mir dan satelit sinar-x dipanggil Ginga dari Jepun. 

Menurut Erik Kuulkers, saintis projek untuk satelit European Space Agency's INTEGRAL, salah satu satelit yang mengkaji V4040 Cygni, sejak letupan itu mula-mula berlaku, V4040 Cygni berubah-ubah beberapa kali dalam sinaran terang, adakalanya hingga 50 kali lebih terang daripada Crab Nebula, sumber sinar-x yang agak terang. Sinarannya masih berlaku. Banyak balai cerap seluruh dunia termasuk Swift, Fermi, MAXI, INTEGRAL dan Italian Space Agency's AGILE masih meneruskan pemantauan mereka pada letupan itu. Selain itu, Gran Telescopio Canarias (Spain), teleskop di University of Leicester di Oadby (United Kingdom) dan radio teleskop Nasu di Universiti Waseda di Jepun turut mengikuti perkembangan berkenaan letupan itu.



Abih semua benda kena seduuuuuuutttttt:  SINI  |    

No comments: