MY FOLLOWERS

Friday, August 14, 2015

Artikel - Pesawat NASA Mengelilingi Planet Kecil Pluto

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 

 
Foto memaparkan secara dekat permukaan planet Pluto yang diambil menggunakan sejenis peralatan dipanggil Long-Range Reconnaissance Imager (LORRI) yang didatangkan bersama pesawat angkasa terbaru NASA iaitu New Horizons. Foto yang diambil pada 13 Julai ini berada pada kedudukan 476,000 batu (768,000 kilometers) dari permukaan dan diterbitkan pada keesokannya. Selepas 9 tahun ia dilancarkan, pesawat angkasa Amerika syarikat ini terbang merentasi planet Pluto dengan mencapai perjalanan sejauh 3 billion batu (4.88 billion km) ke kawasan sistem solar yang paling jauh. Foto ini merupakan yang paling terperinci dan terakhir yang dihantar ke bumi sebelum ia menghampiri planet tersebut. Imej berwarna telah digabungkan dengan maklumat warna resolusi rendah menggunakan peralatan Ralph yang diperolehi pada 13 Julai lalu. Pandangan ini didominasikan dengan ciri terang dan besar yang dinamakan sebagai 'jantung' dengan ukuran diameter hampir 1,000 batu (1,600 kilometers). Kawasan sempadan jantung mempunyai ekuator berwarna gelap dan muka bumi yang bercapuk-capuk di bahagian timur yang agak kompleks. Walaupun dengan resolusi foto pada tahap ini, kebanyakan kawasan di 'jantung' ini tiada sebarang ciri yang menarik mungkin kerana proses geologi yang masih berlaku.

 
Prob terbaru dari NASA, iaitu New Horizons terbang di sekitar Pluto dan mencipta sejarah dengan berjaya mengambil foto pertama planet berkenaan secara dekat dan menghampiri pada waktu 7:49 a.m. EDT (1149 GMT) apabila prob berkenaan memberi isyarat bunyi dalam jarak 7,800 batu (12,500 kilometers) dari permukaannya yang sejuk. Bagi meraikannya, NASA menerbitkan foto terbaru Pluto yang memaparkan keadaannya yang kemerahan dengan ciri seakan jantung yang menakjubkan yang ada pada permukaannya. 

Selepas pertemuan secara dekat, kini semua 9 buah planet dalam sistem solar ini telah dilawati oleh pesawat angkasa robotik dengan misi dimulakan pada 1967 apabila NASA menghantar prob Mariner 2 melalui planet Zuhrah. Dalam misi kali ini, lebih 1200 saintis, para jemputan NASA, 200 pemberita dan orang-orang kenamaan menonton penerbangan prob New Horizons secara langsung dari pusat kawalan misi di makmal Johns Hopkins University Applied Physics di Laurel, Md. kemudian bersorak dan bergembira meraikan detik bersejarah itu. Secara kebetulan, penerbangan kali ini jatuh pada ulangtahun ke-50 penerbangan pertama ke Marikh oleh Mariner 4 pada 14.7.1965. International Astronomical Union kini mengkelaskan semula Pluto sebagai 'planet kerdil' pada 2006 dalam satu keputusan yang mencetuskan kontroversi hari ini.

Planet Pluto ditemui pada 1930 oleh angkasawan Clyde Tombaugh, dan planet tersebut kekal misteri hingga ke hari ini. Oleh kerana ia sangat kecil dan sangat jauh kedudukannya dalam sistem solar ini, orbitnya 39 kali lebih besar daripada bumi secara purata menyebabkan ia menjadi sasaran sukar untuk diteroka dengan peralatan dari bumi hinggakan imej terbaik dari Hubble Space Telescope juga menunjukkan kewujudannya hanya dalam bentuk piksel yang tidak jelas.


Angkasawan tidak mengetahui kewujudan bulan pada Pluto sehinggalah pada 1978 apabila bulannya, Charon ditemui buat kali pertama. Dengan diameter 750 batu (1,200 km), bulan ini separuh saiz planet ini sendiri dengan pusat graviti kedua-duanya berada di luar planet ini. Ini membuatkan ramai pengkaji berpendapat planet ini dan bulannya adalah satu sistem binari. Pada 2005, 4 lagi bulan pada planet ini berjaya dikesan dengan dinamakan Nix, Hydra, Kerberos dan Styx. Semuanya ditemui sehingga 2012 oleh ramai pengkaji menggunakan teleskop Hubble sebagai persediaan penerbangan prob New Horizons.
 
Perjalanan sejauh ini memerlukan lebih daripada sedekad dan kos $723 juta sebelum konsepnya diluluskan untuk misi penuh New Horizons dan ia telah dilancarkan pada Januari 2006, namun ia persediaannya telah ada sejak 1989 lagi, tahun sama prob Voyager 2 terbang merentasi Neptun dan merakamkan foto pertama secara dekat planet gergasi ais berwarna biru itu.
 
Kini New Horizons mengkaji sistem Pluto secara dekat dengan 7 peralatan sains berbeza termasuk kamera untuk rakaman terperinci pada permukaan. Pemerhatian dari prob ini akan membantu pengkaji memetakan permukaan Pluto dan Charon secara terperinci, mengkelaskan geologi dua objek ini dan menerangi atmosfera planet itu.  
 
Pengkaji turut menyatakan mereka tidak sabar untuk tahu data terbaru yang dikumpulkan yang menunjukkan dua objek itu mempunyai permukaan berbeza. Pluto mempunyai kep ias dengan ciri seperti bentuk 'jantung' yang terang dan besar manakala Charon pula mempunyai banyak kawah dan ngarai serta ada tompok hitam selebar 200 batu di kutub utaranya.


Implikasi penemuan oleh New Horizons seharusnya melangkaui sistem Pluto sendiri. Pluto masih satu lagi daripada jutaan objek yang terbesar dan paling terkenal terdapat dalam Kuiper Belt, satu lingkaran terbesar yang belum diteroka bersuhu sejuk melewati orbit Neptun. Prob New Horizons berpeluang mengkaji objek seterusnya dalam Kuiper Belt secara dekat dan pasukan misi merancang untuk terbangkan prob ini ke satu lagi objek yang lebih kecil jika misi hari ini berjalan lancar. Penerbangan tersebut adalah pada 2019. Mereka sudah mengenalpasti dua daripadanya namun belum memutuskan mana dahulu akan diteroka.

 
Sumber dari planet jauh:   SINI  |   

No comments: