MY FOLLOWERS

Thursday, August 27, 2015

Artikel - Memori Peristiwa Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki WW2 - Bhgn 2

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan:
Yahoo News

 
Assalamualaikum.....


Sambungan daripada Bahagian 1 sebelum ini.


Rebun Kayo, pernah melawat Hiroshima ketika berusia 14 tahun dan pernah mendengar daripada seorang mangsa terselamat tentang kisah di tebing sungai, yang membuatkannya teringat kembali parut pada leher dan tangan wanita itu.

Sedekad lalu, dia mengetahui runtuhan daripada kubah itu masih ada dalam sungai itu dan mula mencarinya, dengan harapan untuk mengenang kembali memori kejadian itu daripada terus hilang.

"Apa yang saya bimbang, ia mula berasa seperti sudah jauh daripada realiti," katanya. "Di depan kubah ini, semuanya masih terpelihara seperti sebelumnya dan sekarang kita masih dapat melihat kesan tinggalannya. Saya cuba membawa semula kenangan silam ke masa kini."

 




Dia juga dapat melihat ada lagi batuan yang retak dan dalam pelbagai saiz. Ada antaranya masih ada bekas ukiran motif yang mencantikkan bangunan kubah itu manakala ada yang lain sudah hilang kesannya. Ada yang bersaiz sepanjang 3 meter dan perlu ditarik dengan mesin. Rangka disambung padanya selepas sedekad berada dalam sungai.

Kayo dibenarkan masuk ke dalam kawasan runtuhan itu yang biasanya menjadi kawasan larangan, bagi membolehkannya membezakan bahan digunakan dan struktur runtuhan yang ditemui. Sehingga kini sudah lebih daripada 1000 keping yang sepadan. Setakat ini tiada kajian khusus bagaimana sebahagian runtuhan itu boleh jatuh dalam sungai. Dia berpendapat mungkin ada yang membuang batu berkenaan dalm sungai itu untuk cuba membina semula bandar itu selepas pengeboman dan mungkin juga ada yang memang sudah terpelanting ke dalam sungai ketika peristiwa itu berlaku.  





Sehingga kini Kayo sudah menghantar serpihan ke lebih daripada 50 universiti dan institusi seluruh dunia sebagai bukti nyata kemusnahan bandar Hiroshima. Ada 20 daripadanya menerima termasuk Universiti Stanford dan Cambridge. Di Universiti Hiroshima, pada ulangtahun peristiwa ini ke-70, wakil dari Republik Chechoslovakia, tanah iar arkiteknya, akan menerima satu serpihan paling besar yang ditemui oleh Kayo setakat ini. Universiti di tempat Kayo ada mempamerkan sebahagian serpihan runtuhannya di muzium kecil dalam kampus. Dia juga menubuhkan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kini ada beberapa pelajar membantu dengan kerjanya. Dia juga mengikuti pengajian anatomi sebagai calon Ph.D. sebagai persediaan jika akan menemui tinggalan mangsa pengeboman di dasar sungai. Setiap kali ke tempat runtuhan untuk mencari serpihan, dia akan tunduk hormat sebelum memulakan kerjanya.

"Bagi saya, kubah ini ialah tanah kubur bagi mereka yang terbunuh di Hiroshima, terbunuh dalam kubah, di kawasan berdekatan, lemas dalam sungai dan mereka yang mati di hospital. Tempat ini tanah kubur untuk mereka semua." katanya.



Letupan penuh gegaran: SINI  |   




No comments: