MY FOLLOWERS

Sunday, July 26, 2015

Kesihatan - Steroid dan Kesan Sampingan

Kredit kepada: Wiki, laman Drug Abuse, Medline Plus, Steroid.com, Science Direct, E-Medicine Health
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....





Steroid anabolik ialah sejenis dadah sintetik varian kepada hormon testosteron lelaki. Istilah lebih tepat ialah anabolic-androgenic steroids (singkatan AAS). Perkataan 'anabolik' merujuk kepada pembentukan otot dan “androgenic” merujuk kepada peningkatan sifat seksual lelaki.

Steroid anabolik secara sahnya ditetapkan untuk merawat kekurangan hormon steroid seperti puberti yang lewat, kanser dan AIDS. Bagi sesetengah atlet, steroid digunakan di kalangan ahli bina badan untuk membesarkan otot dan sebahagian lagi menyalahgunakannya untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki penampilan fizikal.


Bagaimana steroid disalahgunakan?

Steroid biasanya diambil sama ada secara dimakan dalam bentuk pil atau disuntik pada otot, bergantung pada jenisnya (7), manakala ada sesetengahnya digunakan dalam produk kulit dan disapu pada kulit seperti krim dan gel. Dos yang diambil pula mungkin 10 atau 100 kali lebih banyak daripada yang dibenarkan untuk merawat keadaan sakit secara perubatan. Ia bukan diambil secara kerap tetapi sekejap-sekejap mungkin ketika ia benar-benar perlu sahaja. Ini bagi menghindarkan daripada menghadapi kesan sampingan yang tidak diingini dan memberikan peluang kepada sistem badan untuk kembali pulih secara berkala. Penggunaannya secara berterusan akan menyebabkan tindak balas badan kepada dadah ini merosot serta menyebabkan badan berhenti menghasilkan testosteronnya sendiri. Berhenti daripada mengambilnya akan mengurangkan masalah ini. 'Kitaran' merujuk kepada corak penggunaannya bila ia diambil bagi sesuatu tempoh seperti seminggu atau sebulan selepas ia dihentikan untuk satu tempoh sebelum ia bermula semula.  

Pengguna biasanya menggabungkannya dengan turut mengambil beberapa jenis lagi steroid jenis lain atau tambahan lain yang bukan steroid bagi memaksimumkan keberkesanannya yang dipanggil 'stacking'.


Bagaimana ia memberi kesan pada otak?

Steroid anabolik memberi kesan berbeza dengan dadah lain yang disalahguna dan ia tiada kesan yang tajam pada otak. Steroid tidak mencetus peningkatan yang cepat pada dopamin neurotransmitter yang biasa memberikan kesan khayal atau 'high' seperti dadah lain. Walaubagaimanapun, penggunaannya bagi jangka panjang akan memberikan kesan pada beberapa bahagian kimia dalam otak termasuk dopamin, serotonin dan sistem opioid yang terkesan disebabkan dadah lain dan memberikan kesan signifikan pada sikap dan mood seseorang pengguna.

Penyalahgunaannya boleh membawa kepada sikap agresif dan masalah psikiatri lain. Meskipun ada pengguna yang mengaku mereka berasa baik ketika menggunakannya, keadaan mood yang berubah boleh berlaku seperti kemarahan yang boleh membawa kepada masalah keganasan. Pengkaji juga menyatakan pengguna mungkin juga menderita kecemburuan paranoid, ragam yang ekstrim, delusi dan pertimbangan yang tidak waras ekoran perasaan sendiri dan rasa seperti tidak boleh kalah.


Adakah ia membawa ketagihan?

Walaupun ia tidak mendatangkan kesan khayal seperti dadah lain, steroid kini yang sudah dipertingkatkan boleh menyebabkan ketagihan. Kajian mendapati haiwan yang diberi steroid berdepan kesan sama seperti bila diberikan dadah lain. Mereka yang menyalahgunakan steroid, selain berdepan kesan negatifnya akan menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, yang menampakkan potensi ketagihan dadah ini. Antara lain yang dapat dilihat ialah pengguna menghabiskan banyak masa dan wang untuk mendapatkan kesan yang diingini daripada penggunaan steroid. Individu yang berhenti mengambilnya akan berdepan simptom seperti mood yang berubah, keletihan, keresahan, hilang selera makan, insomnia, lemah tenaga batin, keinginan pada steroid, yang membawa kepada salahguna yang berterusan. Ada yang menggunakan dadah opioid untuk mengatasi kesan negatif daripada steroid ini.


Kesan lain penggunaan steroid anabolik...

Ia boleh menyebabkan masalah serius dan masalah kesihatan yang tidak boleh diundur balik. Antara kesan lain ialah kegagalan buah pinggang, kerosakan limpa, masalah kardiovaskular seperti jantung yang membesar, tekanan darah tinggi, perubahan kolesterol dalam darah yang menjurus kepada risiko sakit jantung dan strok.

Selain itu, ia juga membawa kepada masalah akne dan penahanan cecair dalam badan. Bagi lelaki, mereka akan berdepan banyak lagi masalah seperti kurangnya sperma untuk persenyawaan, kebotakan rambut, pembentukan payudara, risiko kanser prostat. Bagi wanita pula, kebotakan rambut seperti lelaki, tumbuh rerambut pada muka, gangguan kitaran haid, pembesaran klitoris, perubahan suara.

Bagi mereka yang menyuntik steroid akan berdepan risiko lain seperti hepatitis dan pemindahan HIV/AIDS.  (2)







Nama lain bagi steroid - juga dipanggil Corticosteroids, Glucocorticoids

Kesannya amat berbahaya. Steroid jenis lain iaitu corticosteroid digunakan untuk merawat pelbagai masalah lain. Ia serupa kepada hormon dalam kelenjar adrenal yang dihasilkan bagi melawan stres disebabkan sakit atau kecederaan. Ia mengurangkan inflamasi danmemberi kesan pada sistem imun badan. corticosteroid boleh digunakan untuk turut merawat atritis, asma, penyakit seperti lupus dan beberapa jenis sklerosis, ekzema, ruam dan beberapa jenis kanser.

Steroid adalah dadah jenis kuat dan mempunyai kesan sampingan seperti lemah tulang dan katarak. Ia sebaiknya digunakan untuk jangka pendek sahaja.   (3)   



Steroid secara umum....

Penggunaannya steroid telah tersebar luas di berita dan bidang sukan di kalangan atlet yang menyalahgunakannya untuk mendapat kelebihan dalam prestasi sukan yang diceburi. Steroid anabolik mempengaruhi sistem hormon tubuh untuk menghasilkan testosteron tambahan. Steroid anabolik banyak digunakan bagi meningkatkan jisim otot. Steroid anabolik berbeza dengan corticosteroids yang digunakan secara rutin sebagai ubat anti-inflamasi bagi merawat sakit yang melibatkan inflamasi sebagai sebahagian daripada penyakit itu. Dalam masyarakat hari ini, penyalahgunaannya dikesan bagi meningkatkan prestasi sukan seawal dari peringkat sekolah.
  (6)



Jenis steroid yang berbeza

Ada dua jenis yang ada dalam badan iaitu Corticosteroids yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal pada bahagian atas buah pinggang. Hormon termasuk aldosteron yang mengawal kepekatan sodium dalam tubuh dan kortisol yang ada banyak peranannya dalam tubuh termasuk menjadi sebahagian sistem tindak balas tubuh untuk mengurangkan inflamasi. Ubatan Corticosteroids seperti prednisone, prednisolone, dan dexamethasone biasa diambil secara menelannya, secara intravena atau suntikan bagi merawat asma, rheumatoid arthritis, masalah keradangan buang air besar dan penyakit erythematosus lupus sistemik yang ada inflamasi. Penggunaan salap dan krim steroid pada kulit seperti triamcinolone dan betamethasone digunakan bagi merawat dermatitis.

Jenis kedua ialah steroid anabolik/androgenik ialah hormon dibuat dalam tubuh bagi mengawal penghasilan testosteron dalam testikel lelaki dan ovari bagi perempuan. Bahagian androgenik testosteron terlibat dalam proses mengembangkan sifat seksual lelaki manakala bahagian anabolik pula terlibat dalam proses meningkatkan jumlah tisu badan dengan meningkatkan penghasilan protein. Kelenjar pitituari membantu mengawal penghasilan testosteron dan perembesan hormon. Hormon pembearan dan hormon perangsang folikel (follicle stimulating hormone atau FSH) adalah antara hormon yang merangsang testis dan fungsi ovari dan merupakan antara banyak hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini.

Steroid anabolik dan androgenik boleh didapati sebagai ubatan preskripsi dan boleh digunakan apabila badan tidak menghasilkan hormon yang cukup dan penambahannya adalah diperlukan. Sesetengah hormon tambahan dalam hal ini termasuk juga hormon pembesaran dan testosteron. Ubatan ini dipreskripsikan secara sah oleh penyedia perkhidmatan kesihatan tetapi ubatan ini sering disalahgunakan bagi meningkatkan prestasi sukan dan memperbaiki penampilan tubuh. Bila digunakan oleh tubuh yang sihat, steroid anabolik menyebabkan pertambahan berat selari dengan bertambahnya jisim otot. Walaupun steroid jenis anabolik ini memberikan kesan yang bermanfaat jika diambil dengan pengawasan, ia juga ada kesan sampingan yang serius dan adakalanya tidak boleh diundur balik. Kesan ini akibat daripada ketinggian tahap testosteron yang tidak normal dalam tubuh dan mungkin juga termasuk tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang meningkat, kerosakan limpa, kegagalan jantung, akne, kebotakan, sikap agresif dan keganasan.


Terdapat banyak jenis steroid anabolik. Ada yang boleh menyerupai tindakan testosteron secara terus, manakala jenis lain akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak testosteron dengan cara mengganggu sistem kawalan hormon dalam tubuh. Kesannya sama sahaja. Testosteron yang berlebihan akan memberi kesan pada sel dan fungsi organ dalam tubuh.

Steroid juga ada banyak nama dan setiap negara ada variasinya. Steroid mungkin sama dengan testosteron secara kimia contonya methyl testosterone atau oxymetholone. Contoh lain bagi steroid anabolik ialah Anabol, Android, Androstenedione, Winstrol, Deca-Durabol, THG, Genabol, dan HGH.   
(7)   


Sumber rujukan: (1) SINI  |  (2) SINI  |  (3) SINI  |  (4) SINI  |   (5) SINI  |  (6) SINI  |  (7) SINI  |     

  

No comments: