MY FOLLOWERS

Wednesday, July 1, 2015

Hidupan Liar - Menyesal Telan Landak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....

 



Biasa kita dengar cerita ular sawa makan anak ayam, kambing atau seumpamanya. Pernahkah kita dengar kalau ada mana-mana ular sawa yang memakan landak sebagai habuannya??

Ada satu kes di Afrika Selatan apabila seekor ular sawa memakan seekor landak selepas membelit dan melemaskannya, kemudian mati tidak lama kemudian.

Seorang penunggang basikal yang sedang melalui trek basikal di Lake Eland Game Reserve di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan menemui seekor ular sawa yang baru sudah melahap landak tersebut. Dia kemudian mengambil foto dan menyebarkannya di media sosial yang terus menarik perhatian banyak pihak termasuk orang tempatan untuk melihat sendiri keadaan ular itu. Menurut pengurus besar kawasan hutan simpan itu, ramai yang datang ke kawasan berkenaan untuk melihat sendiri ular berkenaan.

Ketika foto itu diambil, tiada siapa pun tahu apa yang dimakan oleh ular itu cuma mengagak ia mungkin telah memakan sesuatu yang sangat besar. Di laman Facebook (Lake Eland Game Reserve) kakitangan taman dan pengunjung mengagak daripada binatang kecil hinggalah ke anak impala. Namun pada Sabtu 20 Jun yang lalu, renjer hutan di situ menemui ular tersebut yang telah mati berhampiran trek basikal. Mereka memutuskan untuk membelah sendiri dan menemui landak seberat 30 paun (13.8kg).


Faktanya, banyak spesis ular yang memakan landak, jenis bertanduk atau berduri sepertinya. Ini berdasarkan satu kajian diterbitkan pada 2013 dalam Phyllomedusa Journal of Herpetology namun untuk landak yang bersaiz 30 paun ini, ia mungkin sukar dihadamkan walaupun bagi ular sawa. Ular sawa di Lake Eland Game Reserve ditemui memakan mangsa lebih besar termasuk antelop oribi seberat 50 paun (22.7kg). Berdasarkan satu kajian diterbitkan pada 2013 dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, ular sawa mempunyai kebolehan untuk mengubah keadaan metabolismenya selain saiz organnya selepas satu hidangan. Ini bagi memudahkannya menghadamkan makanan bersaiz lebih besar daripada ular.

Namun ia masih tidak jelas adakah duri landak berkenaan menjadi punca kematian ular ini, kerana ia ditemuioleh renjer kawasan itu di tebing berbatu mungkin selepas ia terjatuh. Disebabkan impak akibat jatuh, duri landak dalam perutnya mungkin telah merosakkan sistem penghadamannya yang kemudian membunuhnya.

Dalam kajian pada 2003 bertajuk "Prickly food: snakes preying upon porcupines", pengkaji mendapati apabila seekor ular menelan landak, durinya tidak dihadamkan dan mudah dikesan dalam perutnya. Adakalanya duri tersebut menikam dan menusuk sepanjang bahagian dalam tubuh ular yang memakannya. Namun dalam kes ini tidak jelas sama ada ia mati akibat bahagian dalamnya ditusuk duri landak atau jatuh dari tebing.

Renjer berkenaan menanggalkan kulit ular itu dan mendapati ia sepanjang 12.8 kaki (3.9 meter). Perhatian khusus diberikan pada bahagian kepalanya yang menyambungkan rahang yang fleksibel yang membolehkan ular sawa menganga mulut seluasnya untuk menelan mangsa. Dua rahang bawahnya boleh dibuka fleksibel dan tulang kuadrat pada bahagian belakang kepalanya bersambung longgar dengan tengkoraknya.


Sumber telan jangan tak telan:  SINI  | 


No comments: