Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Kita tidak dapat tahu sama ada seorang gadis itu betul-betul masih dara atau tidak secara nyata kerana ia adalah perkara berkaitan seksual. Jadi, muncullah bermacam-macam petua daripada orang-orang terdahulu dalam menilai dara atau tidaknya seorang gadis. Ada yang melihat pada rambut, tapak tangan, bibir, dan bermacam lagi. Sebagaimana ramalan zodiak, haram mempercayainya. Maka, janganlah percaya, boleh jadi ia betul, boleh jadi tidak. Bagi penulis, jika betul sekali pun, penulis menganggapnya kebetulan sahaja. Lainlah kalau si gadis itu sendiri yang mengaku yang ia sudah tidak dara lagi.
Pun begitu, wanita dan gadis sekarang ini sudah tidak lagi bimbang kerana ada beberapa pihak yang mengusahakan rawatan pulih dara. Jadi, adalah semakin sukar untuk ketahui status daranya walaupun ia tidak sama dengan yang asal setelah pemulihan.
Dari sudut lain, jika ada bukti daripada kajian sains yang menyatakan hasil kajiannya secara spesifik, mengenai perbezaan fizikal gadis yang masih dara dengan yang sudah tidak dara, itu barulah sesuatu yang boleh diterima kerana adanya bukti nyata dan bukan cakap-cakap kosong atau hasil pemerhatian yang tidak berasas.
Pendapat anda? Nilaikan sendiri ....
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan
1 comment:
ada org dilahirkan tanpa dara...dari pembacaan sy selaput dara terjadi hasil dari sel yg tidak membahagi secara lengkap....wallahu`alam...
pelik juga sy, apekah kepentingn dara???
Post a Comment