MY FOLLOWERS

Thursday, April 5, 2012

Sekadar Luahan - Awek Mengantuk Sewaktu Mesyuarat Sebab Tengok Bola?

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....


Ketika semua ahli mesyuarat rancak berbincang agenda utama, ada juga yang turut berbincang hal lain. Siap dengan gelak tawa yang sekali-sekala buatkan sakit perut. Masakan tidak, yang seorang ini kelihatan resah dan sekali-sekali menukar cara duduk dan menggeliat menahan rasa mengantuk yang menghambat. Kami yang lain sibuk bincangkan mengenai rancangan AJK teknikal untuk kejohanan akan datang, macam-macam ditanya untuk hilangkan rasa kantuknya :-D Di kesempatan ini, penulis memintanya berikan salinan foto-foto sewaktu acara City Night Games tempoh hari. Katanya akan beri sedikit masa nanti.

Penulis dan kawannya sekali lagi mengusiknya dan bertanya apa masalahnya. Rupanya si cantik ini mengaku malam tadi berjaga agak lewat sebab tengok perlawanan bola sepak! Haaa??!! Hampir sahaja tidak percaya, kami terus gelakkannya. Sekali lagi, penulis sengaja tanyakan bila mahu berikan foto-foto acara itu, tiba-tiba ditanya kita pula mahu ke mana! Nasib baik tak kata mahu ajak dating! Aduuiihhh!! Jawapan sudah merapu! Terus kami tergelak-gelak! Selepas itu, macam-macam lagi yang buat bagi menyakatnya!

Aduuiihh!! Jawapan orang mengantuk!



P/S: Menulis sambil mendengar lagu What Makes You Beautiful oleh One Direction

1 comment:

1 said...

Salam..hehe..saya ada ramai kawan perempuan gila bola..sanggup berjaga awal pagi semata-mata mahu menonton prlwnn bola..