MY FOLLOWERS

Monday, April 16, 2012

Hiburan - Siri Fringe

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Fringe ialah satu siri tv fiksyen sains Amerika disiarkan di saluran Fox, ciptaan bersama J. J. Abrams, Alex Kurtzman dan Roberto Orci. Alex Kurtzman dan Roberto Orci sebelum ini pernah terlibat di belakang tabir siri Hawaii Five-O versi baru selain menulis skrip untuk filem trilogi Transformers arahan Michael Bay. Mengisahkan "Fringe Division", sebuah divisyen khas Biro Siasatan Persekutuan FBI berpengkalan di Boston, Massachusetts di bawah seliaan Homeland Security. Divisyen ini menggunakan kaedah sains 'fringe' yang tidak ortodoks dan teknik siasatan FBI bagi menyiasat siri kejadian yang dahsyat dan tidak dapat dijelaskan, yang ada kaitan dengan misteri berkisar alam semesta yang selari (parallel universe).

Siri ini disifatkan sebagai hibrid siri X-Files, Altered States dan The Twilight Zone. Sehingga kini, siri ini masih disiarkan di saluran NTV7 dan sudah berada di musim keempat.

Siri Fringe menyelusuri kes-kes yang dikendalikan oleh Divisyen Fringe, yang bekerjasama dengan FBI melibatkan ejennya Olivia Dunham; Dr. Walter Bishop, seorang saintis arketip dan anaknya Peter Bishop. Mereka turut dibantu pengarah pasukannya Phillip Broyles, ejen Astrid Farnsworth, yang membantu Walter dalam kajian makmalnya. Divisyen Fringe menyiasat kes melibatkan sains 'fringe' daripada kes eksperimen transmanusia yang gagal, teknologi pemusnah luar biasa sehinggalah kepada pertembungan antara dua alam semesta. Kerja yang dilakukan divisyen ini seringkali bersilang dengan teknologi bio canggih yang dikembangkan oleh syarikat dipanggil Massive Dynamic, yang diasaskan oleh bekas rakan kongsi Walter iaitu Dr. William Bell dan diuruskan oleh Nina Sharp. Divisyen ini turut diperhatikan secara senyap oleh sebuah kumpulan digelar "Observers".

Antara pelakonnya Anna Torv, Joshua Jackson, Lance Reddick, Kirk Acevedo, Blair Brown, Jasika Nicole, Mark Valley, John Noble dan Seth Gabel.

Siri Fringe, para pelakon serta krewnya telah dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah antaranya Emmy, Saturn Awards, Golden Reel Awards, Satellite Awards, dan Writers Guild of America Awards.


Sumber rujukan: SINI  |  SINI  |  


No comments: