Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV
Assalamualaikum.....
Paus pembunuh yang merupakan salah satu spesis di dunia yang diancam kepupusan, kini melahirkan anak ikannya di perairan British Columbia. Ia ditemui oleh saintis NOAA dan pasukannya di sekitar Sooke, British Columbia. Anak ikan paus itu yang dilabel L122 berenang beriringan dengan ibunya yang dilabel L91 merupakan anak ikan kelima dilahirkan dalam ppulasinya sejak Disember 2014.
Penemuan kali ini merupakan satu berita baik, menurut Center for Whale Research, yang mengendalikan kajian identifikasi foto ikan paus pembunuh itu sejak 40 tahun lalu. Pada tahun 1977, jumlah dilahirkan sebanyak 9 ekor.
Ikan paus pembunuh Southern Resident merupakan ikon spesis di Pacific Northwest, menghabiskan masanya memakan ikan salmon pada musim panas dan musim luruh berbulan-bulan di kepulauan San Juan dan Puget Sound. Pertambahan dalam populasi ikan ini diketahui menerusi penemuan saintis NOAA ketika mereka menjalankan ukuran kawasan ikan paus Southern Resident menggunakan heksakopter yang dikawal dari kapal kajian Orca. L99 adalah anak ikan L91 yang berusia 20 tahun.
Belum pupus lagi: SINI |
Belum pupus lagi: SINI |
No comments:
Post a Comment