Gambar ihsan: Kisah Best
Assalamualaikum.....
Ini bukan versi filem Hollywood yang telah dipesongkan... kerana yang sebenarnya tiada siapa pun bangkit dari kota itu sebagai hero! Habis semua mati!
Ya, dari dahulu lagi amaran sudah diberi. Lalu, siapa yang mendengar? Kesudahannya?
Kisah yang dipaparkan kali ini hampir menyamai kisah Si Tanggang yang
disumpah menjadi batu oleh ibunya, tetapi kisah ini merupakan kisah
manusia batu yang terbentuk akibat bencana alam yang dahsyat. Sungguh
mengerikan.. Bagaimana ianya terjadi, hayati kisahnya. Sekitar 23 Ogos
tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii iaitu salah sebuah kawasan di
Itali kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Senario biasa
dilihat seperti para penduduknya bergerak sibuk ke sana sini, aktiviti
berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara
satu sama lain.
Sehinggalah tiga hari kemudiannya,
secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan
sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak
pernah wujud lagi di muka bumi ini! Apakah yang berlaku sebenarnya?..
Sejarah kota ini selama hampir 1,500 tahun, kota Pompeii yang wujud suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah tibanya tahun 1594, sekumpulan pekerja telah diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan
giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan
aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam
tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan satu persatu dan
berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja
cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung
berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang
berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja
mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar
kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan
berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang
pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek
keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan
tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut
menimbulkan pelbagai persoalan misteri dalam kalangan pelbagai pihak
terutama pengkaji sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain
artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan
berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan
menggerunkan..!
Antara penemuan aneh itu adalah
sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu
ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri
yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’
sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang
sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar
menjadi batu.
Sebenarnya, pada zaman itu Kota Pompeii ini adalah pusat perzinaan dan syurga kaum homoseksual. Nasib penduduk Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii sepenuhnya terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.
Peristiwa ini berlaku selepas gunung
berapi Vesuvius tiba-tiba sahaja bergemuruh dan memuntahkan isinya. Awan
panas dan debu lahar menjalar turun. Tidak lama kemudian, Kota Pompeii
hancur seluruhnya. Mana-mana binaan bangunan disapu rata, para warga
menjadi patung dalam kesakitan luar biasa. Bermula saat itu, sebuah kota
yang dahulunya masyhur terus berselimut debu sehinggalah kewujudannya
terbongkar kembali.
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka
penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat
seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian
seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu
didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau
Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan
maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina
dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai
pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah
pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin
lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga
dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat
kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi
tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa
batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi
Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya
meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun
daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus
menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia
malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.
Informasi Kisah Pompei dari Al-Quran
Berhubung peristiwa ngeri ini, terdapat aspek yang agak sukar untuk difahami iaitu bagaimana boleh terjadi ribuan manusia direntap nyawanya secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda sebelumnya..sehingga mereka tidak berpeluang untuk melarikan diri sekalipun.
Hal ini menunjukkan bahawa kehancuran
bumi Pompeii ini mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan
dalam Al Quran sebagaimana maksud : “Tidak ada siksaan atas mereka
melainkan satu teriakan sahaja maka tiba-tiba mereka semuanya mati” - Surah Yaasin, Ayat 36:29
Sumber letupan memusnahkan: SINI |
No comments:
Post a Comment