MY FOLLOWERS

Friday, September 4, 2015

Artikel - Model Dengan Tangan Bionik

Kredit kepada: Yahoo Style
Gambar ihsan: Yahoo Style


Assalamualaikum.....







Rebekah Marine, seorang model yang dilahirkan dengan tiada tangan kanan akan menyertai New York Fashion Week.  Berusia 28 tahun pada waktu ini, dia pernah diberitahu dia terlalu muda dan tidak sesuai dengan karier ini, menyangkal dakwaan itu dan akan hadir ke pertunjukan itu. Sebelum itu, ketika berusia 22 tahun, dia mendapat anggota prostetik yang dicadangkan oleh seorang kawan untuk menjadi model. 

Sejak dari itu dia tidak lagi menoleh ke belakang. Dia kini semakin dikenali di kalangan komuniti amputasi. Dia juga menjadi duta Lucky Fin Project, yang mensasarkan untuk memberi kesedaran kepada semua orang yang sepertinya.


“Ia satu perjalanan buat saya. Sukar pada awalnya untuk letakkan diri saya untuk dunia melihatnya. Kini saya agak selesa dan saya paling gembira ketika ini. Walaupun saya pernah ada anggota palsu ketika di sekolah, tetapi saya tinggalkannya kerana susah. Teknologi kuantum i-limb yang digunakan kini memudahkan hidup saya.” katanya.

Marine bukanlah satu-satunya model dengan kekurangan ini yang akan berada di NYFW – Madeline Stuart, berusia 18 tahun merupakan seorang lagi model dengan sindrom Down yang mungkin akan sertainya.



Sumber rujukan: SINI  |   




No comments: