MY FOLLOWERS

Monday, September 28, 2015

Artikel - Bukan Sekadar Cegah Jenayah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....




Di New Mexico, satu foto yang memaparkan kecekapan seorang anggota polis menyelamatkan nyawa seorang bayi yang tercekik menjadi viral baru-baru ini. 

Polis berkenaan, Donald Venable, menerima panggilan domestik menerusi radionya yang menyatakan seorang bayi sukar bernafas, berada dua blok dari tempat kejadian dan segera bertindak. Dia terus memberikan bantuan pernafasan kepada bayi berkenaan sejurus tiba di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Polis Sunland Park, Jaime Reyes berkata, "Pegawai Venable telah melakukan tugas seperti dilatih dan menyelamatkan bayi berkenaan." 

Menurutnya, pegawai tersebut ketika itu berada di tempat dan masa yang tepat. 

Sejak foto berkenaan yang diambil oleh pegawai lain tersebar dan dipos ke Facebook, ia telah dikongsi ratusan kali. Pegawai Venable berkata, "Anggota polis yang lain juga akan lakukan perkara yang sama. Inilah sebab kami di sini, untuk berkhidmat dan melindungi." 


Berkhidmat kepada masyarakat:  SINI  |   



No comments: