MY FOLLOWERS

Wednesday, September 16, 2015

Artikel - Foto Perubatan Otak Manusia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum........




Foto memaparkan keadaan otak manusia yang paling kompleks dan paling berwarna. Foto dengan warna seperti pelangi ini dijana menggunakan teknologi pengimejan yang maju menunjukkan bagaimana rumitnya fungsi otak manusia dari dalam.

Foto yang kelihatan seakan kaleidoskop ini akan menjadi sebahagian daripada bahan pameran yang menunjukkan bagaimana sistem dalam tubuh manusia bekerja. Ia akan ditayangkan seiring dengan retina mata dan jantung dalam paparan 3D di Universiti Edinburgh. Selain digunakan sebagai teknologi yang memaparkan bahagian otak, paparan ini juga bagi menunjukkan teknologi pengimejan membantu dalam kajian perubatan. 

Antara lain dipaparkan ialah imej jarak dekat atau close-up bahagian belakang mata. Imej juga memaparkan perubahan pada saluran darah pada retina mata yang memberikan isyarat tanda penyakit seperti sakit jantung, diabetes atau Alzheimer.  

Selain itu, teknologi imbasan CT juga digunakan bagi menjana imej 3D bagi jantung, arteri koronari dan salur aorta bagi pesakit. Doktor menggunakan teknologi ini bagi mengesan risiko penyakit arteri koronari bagi pesakit tanpa melakukan pembedahan.  
Professor Joanna Wardlaw, pengarah di Edinburgh Imaging, menyatakan kemajuan dalam teknologi pengimejan sebegini adalah sangat penting untuk penemuan berterusan bagi kaedah baru mendiagnos, memantau dan merawat penyakit. 

“Pameran ini akan memberikan gambaran kepada pesakit mengenai kajian yang dijalankan sekarang ini di Edinburgh.” katanya. 


Mengimbas semua dalam otak:  SINI   |   


No comments: