Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum....
Satu perjumpaan ringkas dinamakan HijrahRM Sharing and Coaching Public Mutual diadakan pada 5.9.2015 di tingkat 4, Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu jam 10 pagi. Perjumpaan seperti bengkel ringkas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para ejen dan tetamu tentang selok-belok pelaburan. Ceramah ringkas ini disampaikan oleh Haji Bahrin iaitu salah seorang ejen pelaburan di Public Mutual. Antara yang diberitahu pada perjumpaan ini ialah kepentingan pelaburan dan simpanan untuk jangka panjang, trend dalam pasaran saham, waktu yang sesuai untuk membeli dan menjual unit yang ada dan dana-dana yang ada dalam pelaburan Public Mutual. Graf dan jadual berkaitan pelaburan ini ada ditunjukkan dalam slaid persembahan yang disediakan. Perjumpaan ini dihadiri sekitar 25 orang. Makan tengahari disediakan dan perjumpaan ini berakhir jam 1.00 tengahari.
No comments:
Post a Comment