MY FOLLOWERS

Monday, September 14, 2015

Artikel - Pilihlah Untuk Jadi Lebih Sihat

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Yahoo Health

 

Assalamualaikum.....



Kisah ini antara banyak kisah yang sepatutnya jadi motivasi yang boleh sedarkan orang ramai akan bahayanya jadi gemuk dan ada lebih banyaknya kebaikan menjadi kurus dan hidup dengan lebih sihat, tetapi kalau difikirkan semula, kenapa sehingga ke hari ini masih ramai lagi yang masih gemuk dan tidak kawal pemakanan? Adakah makan sahaja asalkan sedap dan tidak kisah? Atau adakah tidak peduli? Berapa banyaklah lagi nasihat dan kisah motivasi perlu diberi untuk membolehkan golongan ini bangkit, sedar dan buat perubahan? Ada pula yang saya pernah tengok sendiri, berbadan punyalah besar dan berjalan dalam kawasan bersuhu sejuk yang ada penyaman udara pun boleh berpeluh-peluh!

Clara Williams berumur 51 tahun seberat 183 paun. Pada tahun 2011 beratnya naik sehingga 426 paun. Namun itu dahulu, ini pula kisahnya menjadi kurus.


Ketika di gred 2 dan 3, beratnya 100 paun. Ketika berkahwin pada usia 21 tahun, beratnya menjadi 220 paun dan menjadi 300 paun ketika mendapat anak pertama. Hinggalah pada 2011 beratnya naik sehingga 426 paun. Dia terpaksa memakai seluar bersaiz 36 dan sukar untuk mengetatkannya. Keadaan mula berubah apabila dia mendapat cucu. Menyedari dia mungkin tidak akan dapat berada bersama keluarga jika dia tidak mengawal berat badannya, dia tekad sudah sampai masanya dia berubah apabila berasa bosan kerana letih dan sakit.

Semakin berat badannya, semakin susah untuk bergerak. Bapanya berjaya turunkan sehingga 100 paun. Itu sebagai permulaan untuknya percaya bahawa itu bukan mustahil untuk dilakukan. Dengan bantuan bapa dan kawannya, Patty, Clara memutuskan untuk terus mencuba. Jika mahu berjaya, maka dia perlukan sokongan. Pada 2011, Clara dan Patty menyertai TOPS (Take Off Pounds Sensibly) di pusat rekreasi tempatan, satu kumpulan sokongan bagi membantu menurunkan berat badan yang tidak berasaskan keuntungan. Aktiviti kumpulan itu secara mingguan dan mereka turut menyertai pertandingan yang membolehkan mereka terus bersemangat bagi menurunkan berat badan mereka.

Clara perlahan-lahan mengubah tabiat makan dengan mengurangkan makanan ringan dan makan secara sihat tetapi tanpa rasa seperti berdiet. Untuk memastikan ia keputusan yang kekal, dia perlu bangun dan membuat keputusan yang terbaik. Dalam hal senaman, dia bersama Patty berjalan apabila pulang dari kerja hampir setiap petang. Setiap perubahan dicatatkan dalam skala TOPS setiap minggu dan dia yakin akan mencapai matlamat yang diinginkan. Meskipun adakalanya perubahan itu agak perlahan namun dia mengingatkan dirinya itu adalah lebih baik daripada ketika bermula dahulu.


Semestinya kurus itu lebih baik. Clara berasa seperti semakin bebas untuk bergerak berbanding dahulu dan dia tidak lagi perlu bimbang walaupun untuk berjalan dan berlari. Lebih baik lagi kerana dia tidak lagi perlu mengambil ubat tekanan darah tinggi dan diabetes. Dia dapat bangun dan duduk dengan senang, sakit pada belakang dan lututnya juga berkurang.

Di kebanyakan waktu, makanannya ialah yang sihat seperti ikan salmon, ayam, sayuran, buah-buahan, avokado, yogurt dan susu skim. Untuk senaman, dia meluangkan sejam untuk senaman kardio setiap hari dan latihan beban dua atau tiga kali seminggu.

Snek dan makanan ringan merupakan cabaran baginya. Melawan kehendak diri untuk mengambil snek ketika di pasaraya adalah lebih mudah daripada ketika berseorangan di rumah. Dia hanyak akan makan snek jika ia dalam kuantiti kecil dan selamat. Ini bagi mengelakkannya terlebih makan dan berat akan kembali naik.

Perubahan kecil mampu memberi ganjaran yang besar. Pilih untuk makan secara sihat yang baik untuk badan, dan bergerak setiap hari walaupun selama 10 minit.



Baik jadi kurus daripada jadi gemuk:   SINI  |   




No comments: