MY FOLLOWERS

Saturday, September 26, 2015

Artikel - Demo Sempena Majlis Penutup Bulan Kebangsaan di SMKSA 17.9.2015

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum..... 



Persembahan sajak oleh pelajar


Demo karate oleh jurulatih MSNT


Demo pecah genting oleh kelab taekwondo


Demo teknik pertahanan diri oleh kelab wing chun


Majlis Penutup Bulan Kebangsaan telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad (SMKSA) pada 17.9.2015  bertempat di dewan sekolah berkenaan. Majlis ini diadakan sebagai acara penutup bulan kebangsaan yang disambut selama sebulan. 

Acara majlis yang bermula jam 10.30 pagi ini dihadiri oleh para pelajar sekolah ini serta guru-guru dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh guru bertugas untuk majlis berkenaan.

Acara diteruskan dengan pertandingan nyanyian lagu Sehati Sejiwa oleh para pelajar. Markah pertandingan adalah diberikan oleh guru yang bertindak sebagai juri pertandingan. Seterusnya diadakan persembahan sajak dan sketsa bertemakan kemerdekaan oleh para pelajar.

Selesai pertandingan, diadakan demonstrasi seni beladiri oleh kelab taekwondo, karate dan wing chun. Setiap kelab mengadakan demonstrasi yang disertai oleh jurulatih masing-masing menunjukkan beberapa teknik dan asas serta diterangkan serba sedikit mengenai latar belakang seni berkenaan. 

Seterusnya diadakan kuiz untuk pelajar. Majlis selesai sekitar jam 1.30 petang. 



No comments: