Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Hari 0 - 6.9.2015
Petang itu pukul 3.30 petang barulah bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuantan untuk hadiri satu kursus yang akan berlangsung di sana selama 3 hari bermula esok. Lebuhraya LPT sudah boleh diguna tetapi bila fikir mahu berhenti sana sini kalau berlaku masalah dan sebagainya, maka jalan biasalah jadi pilihannya. Yang seronoknya, dapat memandu dengan lancar seperti kali pertama ke sini dahulu. Boleh pecut tanpa halangan. Polis dan sekatan jalan pun tiada! Semuanya baik sahaja, tetapi sampai di kawasan atas daripada Kemaman sekitar pelabuhan sebelum Kuantan, jalan yang sebelum ini biasa jelas boleh nampak, kali ini sudah bertukar penuh dengan warna tanah merah. Lori bauksit buat kerja! Habis seluruh kawasan sekitar lombong berdekatan hingga ke jalan raya penuh dengan kesan warna merah. Semua kenderaan yang lalu-lalang juga penuh dengan warnanya. Memang langsung tidak akan buka cermin untuk elak bahagian dalam kereta berjangkit sama. Bukan sekejap tetapi sampailah ke kawasan perindustrian sekitar Semambu dan sehingga masuk ke Kuantan, habis jalannya penuh warna merah. Kedai di sekeliling banyak yang tutup sebab hal ini. Lori-lori yang parkir di tepi jalan pun kena juga. Dalam akhbar sebelum ini ada didedahkan berkenaan kegiatan melombong bauksit dan kesan pada kawasan sekitar.
Kesesakan sebab kerja membaiki jalan
Bila sudah masuk ke Kuantan, barulah orang hubungan dihubungi. Rupanya bukan ada di sini tetapi di Sarawak pula. Yang bagusnya walaupun jauh dia masih berikan panduan jalan untuk ke tempat yang mahu pergi itu dan hotel berdekatan untuk bermalam. Maka bermulalah kesusahannya. Jam 8.00 malam, maka saya pun sampailah di Masjid Negeri di Kuantan berdepan dengan Bank Rakyat dan Old Town White Coffee. Yang paling bagusnya tentang masjid ini, siap ada sudut bacaan seperti perpustakaan mini. Berbeza dengan kebanyakan masjid yang pernah dikunjungi sebelum ini.
Seingat saya, dahulunya memang pernah datang ke sini tetapi jalannya dua hala. Kini sudah bertukar jadi sehala dan nampak sangat sibuk. Kenderaan tidak putus-putus. Namun itu hanya akan berlarutan selama sebulan sahaja seperti yang tertera pada satu papan kenyataan majlis perbandaran di sini. Ia sebagai satu tempoh percubaan sahaja.
Selesai solat, tidak tahu mana mahu pergi maka saya berehat dahulu di masjid dan lelapkan mata sebab kepenatan. Sekitar jam 10 malam, saya pun meronda-ronda mencari tempat kursus yang berdekatan Berjaya Megamall dan selepas Kamdar. Jumpa pun. Memang peninglah mahu pusing ke sana sini hanya sebab tidak jumpa jalan untuk buat pusingan balik. Beberapa kali pusing barulah dapat masuk semula ke masjid ini. Hanya selepas tengah malam dan sesudah tidur sekejap, barulah keadaan jalan reda daripada kesibukannya. Masa inilah baru berasa mahu cari hotel bajet berdekatan untuk bersihkan diri dan tidur.
Masuk sahaja hotel, alangkah leganya sebab ada penyaman udara, katil dan tv. Terasa hilang segala tekanan sebab sesat dan penat perjalanan tadi. Rasanyalah, kalaulah tadi tidak dapat hubungi kenalan tadi, mungkin malam ini saya terpaksa tidur merempat di masjid. Lagi teruk kalau terpaksa lalui pengalaman begitu sehingga habis kursus.
Hari 1 - 7.9.2015
Bermula kursus. Jam 8.30 pagi, bertolak ke tempat kursus. Bila tengok kereta, barulah nampak kesan tanah merah dari perjalanan semalam. Habis separuh bawah kereta sampai ke tayar penuh warna merah.
Pengisian aktiviti adalah seperti yang ditetapkan dalam kursus. Jam 1 petang, makan tengahari dan solat. Solat di masjid berdekatan. Pemandangan agak selesa, siap dengan penyaman udara seperti kebanyakan masjid hari ini. Terfikir juga kalaulah bawa bersama anak-anak, mereka mesti suka sebab di masjid ini ada kolam ikan. Kursus bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang.
Ada satu aktiviti yang belum pernah dibuat sebelum ini iaitu susun 12 batang paku kepit bersama sebaris dan letak atas sebatang paku yang terpacak pada plastesin. Tahu macam mana membuatnya? Mustahilkah? Kalau sudah dapat membuatnya, maka ia tidak mustahil lagi.
Paling tidak seronok bila ada kertas kompaun daripada majlis perbandaran terselit di pengelap cermin. Hampeh betul! Bukan macam di Kuala Terengganu yang caj hanya RM5, di sini pula RM10. Meter parkir pun tak ada! Kedai yang jadi ejen kupon parkir hanya buka pagi esoknya. Sebelah malam, tiada apa yang dibuat sangat. Selepas makan di warung berhampiran, saya terus ke bilik dan buat sedikit kerja rumah sambil menonton tv sebelum tidur.

Khusyuk mendengar penerangan daripada penceramah
Paling tidak seronok bila ada kertas kompaun daripada majlis perbandaran terselit di pengelap cermin. Hampeh betul! Bukan macam di Kuala Terengganu yang caj hanya RM5, di sini pula RM10. Meter parkir pun tak ada! Kedai yang jadi ejen kupon parkir hanya buka pagi esoknya. Sebelah malam, tiada apa yang dibuat sangat. Selepas makan di warung berhampiran, saya terus ke bilik dan buat sedikit kerja rumah sambil menonton tv sebelum tidur.
Hari 2 - 8.9.2015
Kursus bersambung lagi. Kali ini terus beli kupon parkir untuk hari ini dan esok. Senang! Kali ini ada kerja rumah kena selesaikan. Kali ini soalan seperti peperiksaan untuk AML (Anti Money Laundering).
Balik kursus pukul 6.30 petang, singgah sekejap di Berjaya Megamall, manalah tahu ada apa-apa yang berkenan boleh dibeli untuk yang berada di rumah. Cari punya cari, tiada apa pun yang menarik. Semua mahal. Sudahnya balik tangan kosong juga.
Sebelah malam, bilik di tingkat 3 dan seluruh tingkat tiada elektrik sebab ada fius terbakar. Sebab ada kerja mahu dibuat, jadi saya pindah ke bilik lain. Sambil buat kerja, sambil layan filem di tv. Tidaklah lewat sangat, 50 soalan boleh dijawab sambil tengok nota diberi.
Bilik di tingkat 2
Hari 3 - 9.9.2015
Pagi semalam dan pagi ini terasa lega sebab tidak kena kompaun. Agak
menyusahkan juga sebab memang tidak akan sempat untuk keluar pergi
bayar. Jadi, kompaun pagi hari pertama minta tolong pada pekerja hotel
tolong bayarkan selepas serah semula kunci bilik hotel. Aktiviti Boiler
Room pagi ini sedikit mencabar sebab perlu telefon terus orang untuk
buat temujanji. Bukan olok-olok tetapi versi betul.
Selesai sesi petang jam 5.00 petang, saya tidak lagi ke hotel dan teruskan perjalanan balik ke Kuala Terengganu. Cuaca petang ini mendung dan berangin ketika bertolak. Asalnya mahu ikut jalan pantai tetapi boleh pula terlepas satu simpang menyebabkan terpaksa ambil jalan jauh dan ikut LPT. Kena bayar tol adalah bahagian paling tidak seronok.
Jam 7.30 malam, berhenti rehat dan solat di Hentian Perasing. Hentian ini masih baru ketika ini dan belum ada peniaga di gerai yang tersedia. Agak tersorok tetapi ruang parkir sederhana luas. Sekitar jam 8 malam, hujan turun dengan lebatnya. Banyak simpang boleh keluar dari sini, tembus ke Kemasik, Cukai, TATIUC dan Kerteh. Disebabkan tidak mahu sesat dan terlepas mana-mana jalan, maka saya pilih untuk tembus ke Kerteh ikut jalan biasa hingga sampai ke kawasan Balai Polis Kerteh.
Dari sini sudah rasa lega sebab sudah masuk ke jalan yang biasa dilalui dan dengan yakin memang tidak akan tersesat. Maka bermulalah pemanduan memecut hingga sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 10.30 malam. Dalam perjalanan, perut pun terasa lapar. Sambil memandu, mata mencari juga kalau ada mana-mana warung yang jual sate, malangnya tidak jumpa pula. Hinggalah sampai ke satu warung di Kuala Terengganu. Yang dicarinya sate, tetapi habis pula. Western pun jadilah....
Aktiviti Boiler Room yang memanaskan dengan muzik yang membisingkan.
Kelihatan Kak Farah sedang berurusan dengan prospek
Skor temujanji. Satu 'I' diberikan 1000 mata
Selesai sesi petang jam 5.00 petang, saya tidak lagi ke hotel dan teruskan perjalanan balik ke Kuala Terengganu. Cuaca petang ini mendung dan berangin ketika bertolak. Asalnya mahu ikut jalan pantai tetapi boleh pula terlepas satu simpang menyebabkan terpaksa ambil jalan jauh dan ikut LPT. Kena bayar tol adalah bahagian paling tidak seronok.
Dekat sejam tersangkut dalam kesesakan ... adoi..
Jam 7.30 malam, berhenti rehat dan solat di Hentian Perasing. Hentian ini masih baru ketika ini dan belum ada peniaga di gerai yang tersedia. Agak tersorok tetapi ruang parkir sederhana luas. Sekitar jam 8 malam, hujan turun dengan lebatnya. Banyak simpang boleh keluar dari sini, tembus ke Kemasik, Cukai, TATIUC dan Kerteh. Disebabkan tidak mahu sesat dan terlepas mana-mana jalan, maka saya pilih untuk tembus ke Kerteh ikut jalan biasa hingga sampai ke kawasan Balai Polis Kerteh.
Dari sini sudah rasa lega sebab sudah masuk ke jalan yang biasa dilalui dan dengan yakin memang tidak akan tersesat. Maka bermulalah pemanduan memecut hingga sampai di Kuala Terengganu sekitar jam 10.30 malam. Dalam perjalanan, perut pun terasa lapar. Sambil memandu, mata mencari juga kalau ada mana-mana warung yang jual sate, malangnya tidak jumpa pula. Hinggalah sampai ke satu warung di Kuala Terengganu. Yang dicarinya sate, tetapi habis pula. Western pun jadilah....
Sampai di rumah, tiada apa dalam fikiran kecuali mandi dan tidur.
No comments:
Post a Comment