MY FOLLOWERS

Monday, September 28, 2015

Kesihatan - Minum Kopi Tidak Ganggu Jantung

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Penggemar kopi boleh terus minum kopi sekurang-kurangnya secara sederhana, tanpa risau mengenai risiko menghidap fibrilasi atrium iaitu satu keadaan jantung yang membawa kepada kadar degupan jantung yang kencang yang tidak normal.

Kajian yang turut melibatkan analisis 4 kajian lain, menjadikannya kajian paling luas dijalankan melibatkan hampir 250,000 individu dan melebihi 12 tahun. 

"Ini adalah kajian prodpektif paling luas mengenai kaitan pengambilan kopi dengan risiko fibrilasi atrium. Kami dapati tiada bukti pengambilan kopi yang tinggi akan meningkatkan risiko fibrilasi atrium." kata ketua penulis Susanna Larsson dari Institut Karolinska, Sweden.  

Fibrilasi atrium atau Atrial fibrillation (AF), ialah keadaan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku, boleh membawa kepada peningkatan risiko strok, kegagalan jantung dan kematian. Ada spekulasi sebelum ini bahawa pengambilan kopi yang tinggi boleh meningkatkan risiko fibrilasi atrium. 

Dalam kajian ini, pengkaji melakukan kajian selama 12 tahun mengikuti perkembangan sejumlah 41,881 lelaki dan 34,594 wanita, dan pada 1997 mereka menyatakan berapa jumlah kopi yang sudah mereka ambil.  

Terdapat sejumlah 4,311 kes lelaki dan 2,730 kes wanita melibatkan AF dalam dua kohort. Median bilangan kopi ialah 3 cawan kopi sehari. Dalam kajian mereka, pengkaji mendapati pengambilan kopi tiada kaitan dengan insiden AF dalam kajian kohort ini, walaupun dalam tahap pengambilan kopi yang ekstrim.

Kekurangan perkaitan disahkan dalam analisis susulan yang melibatkan kehadiran dua kohort dan 4 lagi kajian prospektif menjadikan jumlah 10,406 kes AF didiagnos pada sejumlah 248,910 individu.

Kajian ini diterbitkan dalam jurnal BMC Medicine.



Minum la kopi sampai lebam: SINI  |    




No comments: