Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Menurut pengkaji, spesis vertebrata pupus pada kadar 114 kali lebih cepat berbanding jika tiada kegiatan manusia. Pengkaji menggunakan kaedah konservatif untuk mendapatkan kadar kepupusan. Bilangan spesis yang pupus sejak 100 tahun lepas mungkin mengambil masa 11,400 tahun untuk pupus secara semulajadi. Kebanyakan yang pupus adalah disebabkan oleh kegiatan manusia yang membawa kepada pencemaran, kehilangan habitat, kedatangan spesis dari luar dan peningkatan pembebasan gas karbon yang menjurus kepada perubahan iklim dan keasidan air laut.
Menurut pengkaji Gerardo Ceballos, aktiviti manusia membawa kepada kehilangan spesis besar-besaran luar biasa dalam sejarah manusia. Dalam kajiannya, dia bersama pasukannya menumpukan pada kadar kepupusan vertebrata termasuk mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Untuk mendapatkan data bilangan spesis yang pupus secara semulajadi, mereka menggunakan data dari kajian tahun 2011 dalam jurnal Nature yang menunjukkan dunia menghadapi dua kepupusan bagi setiap 10,000 spesis vertebrata pada setiap 100 tahun. Kajian ini berdasarkan anggaran pada fosil dan rekod sejarah. Mereka juga mendapati latarbelakang kadar kepupusan lebih tinggi daripada yang ditemui dalam kajian lain, yang melaporkan hanya separuh daripada kadarnya.

Ceballos dan pasukannya mengira kadar kepupusan moden menggunakan data daripada International Union for Conservation of Nature (IUCN), sebuah organisasi antarabangsa yang menjejaki ancaman dan spesis terancam. Senarai merah IUCN tahun 2014 memberikan mereka bilangan vertebrata yang pupus dan mungkin pupus sejak 1500. Senarai ini membolehkan mereka mengira dua kadar kepupusan - kadar konservatif berdasarkan vertebrata yang pupus dan kadar konservatif pada vertebrata yang pupus dan mungkin pupus.
Berdasarkan maklumat didapatinya, hanya 9 spesis vertebrata pupus sejak 1900. Dengan menggunakan kadar konservatif yang moden, 468 lagi spesis vertebrata telah pupus dalam jangka masa itu, termasuk 69 spesis mamalia, 80 spesis burung, 24 spesis reptilia, 146 spesis amfibia, dan 158 spesis ikan.

Setiap spesis yang hilang ini juga memainkan peranan sama ada di bahagian atas atau bawah rantaian makanan. Pengkaji melabelkan setiap kepupusan besar-besaran apabila lebih 5% daripada spesis di bumi pupus dalam jangka masa pendek, secara geologinya. Berdasarkan rekod fosil pengkaji dapati berlaku 5 kepupusan besar-besaran, yang terakhir berlaku pada 5 juta tahun lalu, apabila asteroid memusnahkan spesis dinosor jenis bukan burung.
"Kajian menunjukkan, tanpa sebarang keraguan kita telah memasuki waktu kepupusan besar-besaran untuk kali ke-6." kata Paul Ehrlich, profesor kajian populasi dalam biologi di Universiti Stanford dalam satu kenyataannya.
Pada kadar ini, biodiversiti dalam satu jumlah besar akan hilang dan akan mengambil masa jutaan tahun pula untuk pulih dan berkembang biak di bumi. Pelbagai spesis dengan populasi yang pelbagai boleh membiak ke seluruh benua tetapi ada sesetengah populasi vertebrata tinggal hanya sedikit menyebabkan ia tidak boleh menjalankan fungsinya dalam ekosistem secara efektif.
Populasi gajah kini diancam kepupusan, begitu juga singa, harimau bintang, badak dan jaguar. Namun masih ada masa untuk menyelamatkan hidupan liar dengan bekerjasama dengan ahli konservasi dan membina polisi awam yang mesra dengan hidupan liar.
"Mengelakkan daripada kepupusan ini memerlukan usaha yang segera dan besar bagi memulihara spesis terancam dan mengurangkan tekanan kepada populasinya termasuk dalam aspek habitat, eksploitasi berlebihan untuk menjana ekonomi dan perubahan iklim." kata pengkaji dan diterbitkan dalam jurnal Science Advances, secara atas talian. Kajian juga menyokong penemuan lain mengenai kadar kepupusan di bumi, kata Clinton Jenkins, profesor di Institute of Ecological Research di Brazil.
Pada 2014, Jenkins dan pasukannya menerbitkan kajian dalam jurnal berkenaan yang membawa kepada kesimpulan sama yang memperincikan kajian terbaru, tetapi pada kajian tahun lepas, ia juga melibatkan tumbuhan berbunga dan kon. Kajian itu mendapati kadar kepupusan semasa adalah 1000 kali lebih tinggi daripada asalnya jika tidak melibatkan aktiviti manusia.
Sumber kepupusan: SINI |

No comments:
Post a Comment