MY FOLLOWERS

Monday, September 14, 2015

Artikel - Tornado Solar di Permukaan Matahari

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV

 

Assalamualaikum.....
 

 
Satu penemuan terbaru saintis memaparkan satu tornado solar dengan suhu setinggi 5 juta darjah Fahrenheit muncul di permukaan matahari selama 40 jam pada awal September lalu selama 3 hari. Tornado solar ini berjaya dirakamkan menggunakan video oleh balai cerap NASA iaitu Solar Dynamics.

NASA menyifatkan video itu sebagai jisim plasma kompleks yang diregangkan dan ditarik berulang kali oleh satu daya magnetik yang sangat berkuasa tetapi tidak putus dalam urutannya.

"Suhu partikel besi terion yang diperhatikan dalam panjang gelombang sinar ultraungu ekstrim kira-kira 5 juta darjah Fahrenheit,?kata NASA.

SDO merakamkan banyak foto pada panjang gelombang yang berbeza bagi unsur dan suhu yang berbeza. Setiap satu juga pada kejadian berbeza di permukaan matahari. Setiap panjang gelombang dipaparkan dengan warna berbeza. Warna gelombang 335 Angstroms, adalah biru.

Ahli fizik solar di Universiti Sydney, Iver Cairns berkata plasma pada tornado solar kali ini meregang sehingga 43,500 batu tinggi atau 5 kali diameter bumi. Saintis projek SDO, William Pesnell berkata bahan dalam tornado solar ini berpusing dengan kelajuan sehingga 10,000 batu sejam.

Sebagai perbandingan, kebanyakan tornado di bumi ada yang mencecah 300 batu sejam dan terus kekal di tanah berdozen batu jaraknya tetapi purata selaju 110 batu sejam dan hilang selepas beberapa dan tiada yang kekal selama 40 jam. Paling lama pun adalah selama tiga setengah jam dan bergerak sejauh 219 batu.



Pusingan tornado yang memusnahkan:   SINI  |     




No comments: