MY FOLLOWERS

Sunday, September 20, 2015

Artikel - Showcase SDSI di TTC 17-19.9.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Showcase SDSI kali ini berlangsung di Galeri A dan B TTC. Showcase ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu, jam 2.30 pada 17.9.2015. Showcase ini bermula pada 17.9.2015 hingga 19.9.2015 dan dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Acara ini anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu, MITI dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.



















Chef Zam sempat minum juga


Acara ini disertai lebih daripada 100 usahawan tempatan termasuk beberapa badan kerajaan dari pantai timur serta dari beberapa negeri lain seperti , Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Johor. Antaranya Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Pejabat Daerah Marang, Perbadanan Memajukan Iktisas Negeri Terengganu (PMINT), Pejabat Daerah Besut, Pejabat Daerah Setiu, Pejabat Daerah Dungun, PERDA dari Pulau Pinang, Turut menyertai acara kali ini ialah bekas pemain bola sepak negara, Hairuddin Omar, yang mengusahakan syarikat Adeq Sue Resources Sdn. Bhd., Chef Zam bersama Silverspoon International College yang mempromosikan tawaran untuk pengajian diploma dalam kulinari serta pengurusan makanan dan operasi, Inforana Holdings Sdn. Bhd. yang menawarkan program sijil kemahiran dalam bidang penyediaan dan pembuatan makanan, pembuatan kek dan pastri, jahitan dan fesyen, juga persembahan beberapa artis tempatan. Antara produk yang dipromosikan menerusi acara kali ini ialah batik, madu lebah, barangan perhiasan dan kecantikan, sabun mandian, dadih, coklat, kopi, minuman tenaga, tepung masakan, pizza, jeruk madu, jus timun, sate, mesin pembuatan kek, kerepek, keropok, kek, kuih-muih, pakaian untuk solat, haji dan umrah, dan banyak lagi. Setiap produk ditawarkan dengan harga menarik dan diberikan diskaun sepanjang acara ini.

Selain itu, pada acara ini juga diadakan pertandingan masakan yang dihoskan oleh Chef Zam, program menderma darah yang dikendalikan oleh pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kaunter bergerak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Terengganu, serta acara cabutan bertuah untuk pengunjung.



No comments: