MY FOLLOWERS

Thursday, September 3, 2015

Berita - Jaguh MMA Belasah Pencuri Telefon Bimbit


Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Ambik obat!  







Jenayah bukan perkara baru. Membelasah penjenayah dengan ilmu beladiri pun bukan perkara baru, lebih-lebih lagi dalam dunia siber zaman sekarang ini yang paparannya boleh dikongsi di internet. Sehingga kini sudah tidak terkira banyaknya video di internet memaparkan pelbagai kisah penjenayah dibelasah dan kantoi ketika melakukannya sehingga ditewaskan. 

Kali ini penjenayah dikalahkan oleh seorang atlet MMA wanita ketika cuba mencuri telefon bimbit. Tahun lalu jaguh MMA membelasah bukan seorang tetapi 3 orang sekaligus di stesen minyak dalam cubaan mereka untuk merompak stesen berkenaan tempatnya bekerja. 

Seorang lagi jaguh MMA Brazil, Monique Bastos dalam perjalanan ke gimnasium dan dua orang lelaki mencuri telefon bimbitnya. Seorang melarikan diri dengan telefonnya manakala seorang lagi menjadi habuannya, dibelasah dan dikunci dengan "triangle choke,". Semestinya sakit sampaikan mangsanya merayu-rayu minta dilepaskan.
“Dad, Dad, I’m going to my dad. Call the police, father. Help! Help! Help, Jesus. Please, I did not rob. Why would I do this? Help. Help. Look at my wallet. Help. Help. Sir, help me. Please don’t show my card. This was the first time. She’s choking me. Where’s my mom? Aie, Aie, Aie. Help! Help! Please, I need my wallet. No, I did not rob anything, no.”

Hahaha.... Pengajaran!

Menurut Bastos, ini kali kedua dia terpaksa buat begitu selepas telefonnya cuba dicuri. 


Dalam video berita di laman Complex.com, Presiden UFC, Dana White memberikan respon berikut:










Pencuri macam ini serik ke? Siap kena gelar DIRTBAGS lagi!


Sumber belasahan: SINI  |  SINI  |  SINI  |   







No comments: