MY FOLLOWERS

Monday, September 28, 2015

Artikel - Gerhana Supermoon

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News

 

Assalamualaikum.....
 

Mereka yang suka mencerap bintang di langit berpeluang melihat fenomena astronomi ini pada 28.9.2015 di Lofer, wilayah Salzburg di Austria, apabila gerhana penuh muncul bersama apa yang dipanggil sebagai supermoon. 

Mereka yang tinggal di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika dan barat Asia juga dapat melihat fenomena ini apabila keadaan cuaca mengizinkan pada Ahad malam atau awal Isnin. 

Ini adalah kali pertama fenomena berkembar ini berlaku sejak 1982 dan hanya akan berlaku lagi selepas ini pada 2033. Apabila bulan penuh berada dekat dengan bumi, ia kelihatan besar sedikit daripada biasa dan lebih terang dengan warna kemerah-merahan. Ia berbeza dengan gerhana penuh apabila bulan, bumi dan matahari sebaris, apabila bayang bumi menutup bulan.

















Sumber foto:   SINI  |    




No comments: