Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum....
Kalau dahulu, ada kes lintah masuk dalam hidung, itu pun hanya seekor sahaja dan sudah jadi kecoh. Kali ini ada seorang wanita dengan dugaan lebih dahsyat sebab cacing masuk dalam otaknya sampai dia sakit kepala....
EEeerrrkkk!
Seorang wanita dari Texas dibedah bagi mengeluarkan 8 cacing pita dari otaknya berikutan rungutannya sejak 9 bulan lalu kerana kerap sakit kepala. Yadira Rostro, 31, dari Garland, mempunyai 8 cacing pita itu dalam otaknya.
Doktor percaya cacing itu sudah berada dalam otaknya sejak dua tahun sebelum itu apabila Rostro memakan makanan yang telah tercemar ketika bercuti di Mexico. Cacing itu memasuki otaknya melalui saluran darah menyebabkan cecair terbentuk dalam otaknya. Biasanya parasit itu akan melalui hosnya tetapi doktor kata ia tidak begitu.
Disebabkan sakit kepalanya yang teruk, Rostro memberitahu bahawa adakalanya pandangannya menjadi kabur dan tidak terfikir pun ada sesuatu dalam kepalanya. Doktor pakar saraf, Dr Richard Meyrat, yang melakukan pembedahan itu di Methodist Dallas Medical Center berkata ia kelihatan seperti telur dengan bahagian yang jelas, dalamnya ada cacing pita.
Selepas pembedahan itu, sakit kepala Rostro hilang dan dia berasa lebih baik.
Jangan salah makan: SINI |
No comments:
Post a Comment