Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
"Abang, tolong datang ke rumah segera! Urgent!"
Hakim membaca sms yang diterima sepantas kilat, kemudian terus menelefon Ina. Tidak berjawab. Hakim cemas. Tidak pernah Ina hantar sms seperti itu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya pada waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecil mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata mahu jadi bapa kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok ejeknya, mengatakan dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina sewaktu Farok dan Saleh mengajak main askar-askar. Dia ajak juga Ina bermain askar-askar tapi Ina cakap budak perempuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam itu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.
Bila masuk sekolah pun, dia dan Ina akan berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu mengutuk bila dia tidak mahu berlumba basikal BMX dengan mereka sekali pun, dia tidak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina mengayuh basikal seorang diri.
Dia pernah kena belasah sampai lebam biji mata oleh Husindan kawan-kawannya yang mengganggu Ina sewaktu darjah tiga. Ketika di darjah 4, bila dia mula lancar menulis, membaca dan tahu berpantun sedikit-sedikit, dia pun mula menulis surat kepada Ina, "Pen merah pen biru, U baca I love U" bersama sebiji gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina. Gara-gara surat itulah dia selalu dijeling tajam oleh Mak Ropiah, ibunya Ina yang terjumpa surat itu sewaktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran ibunya pula. Nasib baik sebab bapanya tidak tahu. Kalau tidak, naya!
Hakim gelak sendiri waktu teringatkan peristiwa itu tetapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina yang baru dihantar tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba menghubungi telefon Ina tetapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.
Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja pada waktu itu. Dia tahu, Ina kerja syif pagi tadi, manakala Baizura pula kerja syif malam. Dia semakin risau kerana panggilannya tidak berjawab.
Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ini, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambillah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa bersungguh-sungguh.
Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina sudah macam Gunung Everest, tidak bergoyang walau apa jua keadaan. Jika tiada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tidak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina, Hakim menerpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil menjerit, "Ina, Ina!" Dia pulas tombol pintu, pintu tidak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pula pintu bilik Ina. Dia terdengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tidak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tidak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak di atas katil dengan rambut Ina yang kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.
"Ina, apa yang terjadi sayang?" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu, "Hu..hu..."
"Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi?"
"Hu..hu... " Ina masih dalam esak tangisnya.
Hakim sudah tidak mampu bersabar, dia sudah tidak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk mana pun berita yang akan keluar dari mulut Ina.
Hakim goncang bahu Ina, "Ina, what the hell is going on?! "Tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.
Ina berhenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi..."
"Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar balik ekk? Tak pun bila Ina dapat bonus baru bayar."...

Hehehehehe....
1 comment:
hehehe..mcm2 a..
selamat hari raya blade
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/arwah-ni-model-facebook.html
Post a Comment