MY FOLLOWERS

Wednesday, August 8, 2012

Berita - Program KKKT Bersama Yang Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz 7.8.2012

Kredit kepada: KKKT
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Sempena memeriahkan bulan Ramadhan yang mulia ini, satu majlis ilmu iaitu Program Bersama Yang Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz telah diadakan pada 7.8.2012 dan 8.8.2012 bertempat di Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu.

Program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu dan Masjid Sultan Ismail yang diadakan selama dua hari ini membincangkan tajuk Falsafah dan Hikmat Asbabun Nuzul yang diadakan pada 7.8.2012 jam 9.00 malam, dan tajuk Terapi Hati Dengan Al-Quran pada 8.8.2012 jam 9.00 pagi.

Antara tetamu yang hadir adalah jemputan dari sekolah-sekolah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Sekolah Menengah Teknik Terengganu, para penuntut Institut Latihan Perindustrian, sebahagian pelajar Kolej Komuniti Kuala Terengganu serta penduduk sekitar Kuala Terengganu.

Antara yang turut dibincangkan dalam majlis ini ialah perkara berkaitan zina hati, gangguan syaitan ketika solat, dan bagaimana menyucikan hati selain turut menyentuh serba sedikit mengenai pengaruh sihir. Turut dikongsikan ayat-ayat yang boleh diamalkan bagi dijadikan pendinding kepada sihir, melembutkan hati dan bagi memudahkan menerima pelajaran. 




Antara tetamu yang hadir


Sesi soal jawab


Penyampaian cenderahati


 Kurma sebagai cenderahati buat tetamu yang hadir


Sesi soal jawab dibuka bagi menjawab kemusykilan hadirin.

Sebagai menutup majlis, sedikit cenderahati diberikan kepada Yang Berbahagia Ustaz Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz serta kepada tetamu yang hadir sebagai tanda penghargaan di atas perkongsian bermanfaat ini.

No comments: