MY FOLLOWERS

Monday, August 20, 2012

Sekadar Luahan - Sahur Dengan Makanan Segera Jerr.... Huhuhu........

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum...

Bagaimana rasanya menjadi seorang ayah atau bapa atau papa atau apa sahajalah yang membawa maksud seumpamanya? Soalan begitulah yang sering ditanya bila ada yang mendapat cahaya mata pertama. Di sebaliknya juga, janganlah fikirkan ia semudah apa yang dikata kerana di sebalik keceriaan, keseronokan dan keterujaan itu terselit cabaran yang bakal digalas untuk jangka masa panjang, jika tidak sekerat jalan, semestinya untuk seumur hidup. Seronok tatkala mendapat berita isteri hamil, kandungan membesar, sehinggalah saat melahirkan di dewan bersalin, menyambut kepulangannya ke rumah sehinggalah melalui masa-masa bersama dalam kehidupan sehinggalah salah seorang tiada lagi.. Ahh, begitulah rencahnya bagi semua orang....

Bagaimana pula keadaannya jika menyambut kelahiran ketika di bulan Ramadhan? Saat yang lain baru buka mata untuk bersahur di rumah, kita di hospital bersengkang mata menyambut insan baru dalam hidup. Salah satu kenangan manis yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Bila diceritakan kepada kawan-kawan, ada yang turut berkongsi kemanisan kisahnya, tetapi adalah juga yang ketawa kerana katanya 'wrong timing'... atau 'main bedal jerr'... hahaha

Begitulah juga yang saya lalui sejak menimang cahaya mata pertama. Saya sendiri tidak menjangkakan akan berlakunya perkara sebegini. Apa boleh buat, yang berlaku sudah berlaku ....

Pengalaman kali pertama dahulu, saya berpeluang bersamanya menyambut anak kami di dewan bersalin. Ketika itu jam menunjukkan 2.30 pagi. Selepas isteri dan anak ditolak masuk ke wad dan selesai urusan beberapa dokumen, saya mula mencari tempat untuk mengisi perut. Namun faham-faham sahajalah, mana ada tempat makan atau restoran dibuka pada waktu ini kecuali restoran makanan segera itu pun yang beroperasi 24 jam yang berhampiran hospital. Dengan mata yang masih mengantuk dan perut bergendang dengan macam-macam bunyi, saya jejakkan juga kaki ke situ untuk makan.. atau di bulan puasa ini dipanggil sahur.  :-D

Sesudah itu saya pulang ke rumah untuk solat Subuh dan tidur. Satu-satunya waktu tidur siang yang boleh diterima oleh keluarga ketika itu. Lagipun, waktu itu saya mengajar sebagai guru ganti sesi petang. 


Inilah sahaja yang tinggal sesudah Snack Plate selesai dikerjakan


Kali kedua, pengalaman lebih kurang sama cuma persediaan sempat dibuat lebih awal kerana tanda-tanda melahirkan sudah ada sejak dari jam 6.00 petang, sebelum bersalin. Tidak mahu membuang masa, maka saya terus bawa isteri ke hospital dan daftar masuk. Sempat jugalah isteri berbuka dan lalui puasa penuh untuk hari itu. Sesudah selesai menghantarnya, saya pulang sebentar ke rumah untuk solat dan berehat sebentar sebelum datang semula ke hospital. Tidak tahu sama ada waktu itu isteri sudah bersalin atau belum, saya menjangkakan dia masih dalam wad dan saya menanti untuk dipanggil. Dengan badan yang masih keletihan, saya tidur sebentar di kerusi depan dewan bersalin. Sekitar jam 2.40 pagi, barulah menerima panggilan daripada jururawat menyatakan isteri berada dalam dewan bersalin. Pun begitu, saya tidak pula dipanggil masuk sebagaimana yang kali pertama dahulu. Jadi saya tunggu sahaja, manalah tahu akan dipanggil semula.

Sejam.. dua jam..menunggu. Perut mula buat hal minta diisi. Dengan rasa berat hati, saya keluar sebentar untuk bersahur.. di restoran makanan segera yang berhampiran :-|

Oleh kerana tidak juga menerima apa-apa panggilan, saya segera pergi semula ke dewan bersalin selepas selesai bersahur. Pun tunggu hampir sejam, barulah dipanggil. Itu pun ketika jururawat keluar sambil bawa katil isteri yang ketika itu sudah selamat bersalin... Ehhh?? Dah keluar?? Keduanya kemudian dibawa ke wad untuk berehat sebelum boleh discharge keesokan petangnya. 




Perasaan ketika itu? Hmmm... sedikit hampa sebab tidak dapat bersamanya di dewan bersalin tetapi tetap gembira selepas keduanya selamat. Dengan kelahiran ini, maka lengkaplah sepasang cahaya mata kami :-)


No comments: