MY FOLLOWERS

Monday, March 28, 2011

Kesihatan - Menyediakan Kit Kecemasan

Credits to: Shine
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...

Gempa bumi dan tsunami, disusuli pula dengan ketakutan ekoran radiasi nuklear di Jepun telah menyebabkan orang ramai mendapatkan nasihat dari laman-laman web berkenaan persediaan menghadapi bencana. 



Apakah keperluan yang perlu ada sebagai persediaan ketika bencana atau kemalangan?


Air
Disarankan setiap orang memerlukan segelen air setiap hari. Jika tinggal di kawasan bercuaca panas, maka jumlah air diperlukan adalah lebih banyak. Dalam cuaca panas, anda memerlukan air sebanyak dua kali ganda. Walaubagaimanapun, perlu diingat, kanak-kanak, orang-orang tua, wanita-wanita hamil, dan mereka yang sakit memerlukan lebih banyak air. Air perlu disimpan dalam bekas yang tidak mudah pecah dan anda perlu sentiasa berwaspada dengan tarikh luputnya. Ini kerana meskipun air tidak akan rosak sebagaimana makanan, ia akan berubah rasa apabila sampai pada suatu tempoh.

Peti pertolongan cemas
Beberapa keperluan asas yang terdapat dalam peti pertolongan cemas pasti boleh digunakan saat-saat ia diperlukan. Pembalut luka pelbagai saiz, kain kasa, pelekat adhesif, gunting, penyepit kecil, antiseptik, termometer, pin keselamatan, ubat-ubatan, aspirin, ubat cirit-birit, julap, dan antasid adalah antara yang perlu ada.


Makanan
Sebagaimana air, anda juga memerlukan bekalan makanan yang bersih serta yang tahan lama jika berlaku apa-apa yang tidak dijangka. The American Red Cross mencadangkan agar menyediakan bekalan tiga hari sekiranya anda terpaksa meninggalkan kediaman jka berlaku bencana. Jika tidak perlu meninggalkan kediaman, pastikan anda menyediakan bekalan mencukupi untuk tempoh dua minggu. Makanan berkenaan harus mudah dibuka dan disediakan.




Pakaian dan keperluan kebersihan
Antara keperluan yang wajib jika menghadapi suasana sejuk. Pakaian seperti sweater, kot, kasut but, seluar panjang, sarung tangan, topi, skaf, serta baju hujan. Anda juga disarankan menyediakan selimut, cermin mata, dan bekalan sanitasi/kebersihan seperti sabun, serbuk pencuci, berus gigi, ubat gigi, kertas tisu, dan tuala. 



Kemudahan dan peralatan
Antara yang anda perlukan ialah bateri, radio berkuasa bateri, lampu suluh, sedikit wang, pembuka tin, playar, kompas, mancis, suar, kertas, alat tulis, wisel, dan juga peta kawasan terdekat. Jangan lupa agar sentiasa membawa bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, serta maklumat kad kredit.


Menyediakan Kit Bencana

Sediakan payung sebelum hujan. Sentiasa beringat sebelum kena.

7 comments:

qasehraihan said...

bagus entry ni..
sharing is caring..hehe

qasehraihan said...

sharing is caring..
bagus blade ni..


apa kabo???hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/sebab-suka-naik-flight-air-asia.html

shafiqabdshukor said...

best2...
kena bersiap sedia sblm pape terjadi...

Bayu Kenangan said...

terima kasih sudi singgah diteratak saya... nice info... first Aid sememangnya penting dan seelok-elok setiap rumah mesti ada benda ni...

FARAH ATIQAH said...

thanks for visting my blog.:)
followed u already.:)

Qaseh dalia adelia said...

sharing is caring rite ..tq

Pen said...

Beg Trauma Pertolongan Cemas boleh didapati di
For First Aid Store
https://www.facebook.com/forfirstaidstore