MY FOLLOWERS

Friday, July 22, 2016

Artikel - Kes Kecurian Identiti dan Cap Jari

Kredit kepada: TechNewsWorld.com
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Majistret Persekutuan di Los Angeles memerintahkan seorang teman wanita kepada salah seorang anggota geng penjenayah mengakses telefonnya menggunakan cap jari untuk membolehkan mereka memeriksa data bagi kes yang sedang dalam siasatan.


Paytsar Bkhchadzhyan, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri identiti awal tahun ini. Dia diperintahkan untuk mengakses iPhone miliknya itu menggunakan cap jarinya selepas 45 minit ditahan. Majistret Alicia Rosenberg mengeluarkan waran untuknya membuka iPhone berkenaan. Namun, apa yang dicari masih tidak jelas.


Fifth Amendment to the U.S. Constitution melindungi warganegara Amerika Syarikat daripada terlibat dalam jenayah, tetapi tidak dipanjangkan kepada aplikasi telefon dengan cap jari. Itu menurut Paul Rosenzweig, profesor di Universiti George Washington dalam bidang perundangan.  

"Anda tiada hak untuk menolak arahan untuk memberikan cap jari untuk dibandingkan dengan cap jari di tempat jenayah." katanya.


"Itu satu sebab kenapa saya beritahu orang ramai supaya jangan tulis kata laluan." kata Rosenzweig.


Dalam kes Bkhchadzhyan, penjenayah seperti juga orang lain mahu melindungi privasi mereka dengan mengelakkan menggunakan sistem biometrik.  "Kalau saya seorang penjenayah dan ada menyimpan data dalam telefon, saya tidak akan gunakan biometrik dan kembali menggunakan PIN kerana mereka boleh paksa saya letakkan cap jari tetapi tiada siapa boleh paksa saya serahkan kata laluan." kata Vishal Gupta, CEO di Seclore.

"Kesan daripada insiden ini ialah orang ramai akan berhenti menggunakan sistem cap jari dan kembali menggunakan kata laluan" katanya kepada TechNewsWorld. Pengguna dipaksa memilih antara keselamatan dan privasi, kata Lynch dari EFF. 

"Untuk ingat kata laluan yang panjang itu susah, jadi sistem biometrik dalam telefon boleh menjadi cara yang selamat untuk menyimpan maklumat dalam telefon." katanya.



Sumber terselamat dan penuh perlindungan:  SINI  |   




No comments: