MY FOLLOWERS

Wednesday, April 27, 2011

Hiburan - Siapakah Mereka Sebelum Membintangi Filem 'Sucker Punch'?

Credits to: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum...

Mereka adalah di antara bintang baru di Hollywood. Sebelum ini, nama mereka tidaklah begitu dikenali sebagaimana para pelakon Hollywood yang lain. Walaubagaimanapun, mereka sebenarnya telah melibatkan diri dalam bidang lakonan sama ada filem mahupun drama di tv lebih lama daripada yang dijangka.


Siapakah mereka ini?

Emily Browning



Aktres Australia dan model fesyen sebelum ini dikenali menerusi watak Violet Baudelaire dalam filem Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events, yang turut dijayakan oleh Jim Carrey (Count Olaf), Liam Aiken, Billy Connolly dan Meryl Streep. Pernah memenangi AFI Young Actress Award pada 2002. Filem ini pernah beberapa kali ditayangkan di TV2.

Antara filem lain lakonannya - Ghost Ship, Darkness Falls, dan The Uninvited.


Vanessa Hudgens



Dikenali menerusi watak Gabriela Montez dalam siri filem High School Musical. Penyanyi dan pelakon (tidak perlu ulasan lanjut). Antara filem lain lakonannya - Still Standing, Drake & Josh, Thunderbirds (bersama Bill Paxton) dan Beastly (bersama Alex Pettyfer).


Jamie Chung



Aktres berdarah campuran Korea-Amerika ini dikenali menerusi rancangan realiti tv The Real World: San Diego. Turut terlibat dalam drama bersiri seperti Veronica Mars, Greek, ER, CSI: NY serta satu drama bersiri pendek, Samurai Girl. Siri ini pernah ditayangkan di TV2 sebelum ini.

Antara filem lakonannya - I Now Pronounce You Chuck & Larry, Grown Ups, Dragonball Evolution, The Hangover Part II.

Selain itu, Jamie juga melibatkan diri dengan memegang watak Takara untuk permainan video Command & Conquer Red Alert 3: Uprising.


Abbie Cornish



Amat dikenali di Australia menerusi banyak filem dan drama tv. Abbie pernah memenangi anugerah menerusi watak utama yang disandangnya menerusi drama bersiri Somersault. Mengikut jejak langkah beberapa lagi pelakon lain kelahiran Australia ke Hollywood seperti Hugh Jackman dan Health Ledger.

Tidak banyak dapat diulaskan mengenai pelakon ini. Antara filem lakonannya sebelum ini - Elizabeth: The Golden Age, Legend of the Guardian: The Owls of Ga'Hoole (suara), dan yang terbaru Limitless.


Jena Malony



Jena Malone dilahirkan di Sparks, Nevada dan telah menetap di 27 lokasi ketika berusia 9 tahun termasuk di Lake Tahoe, California. Dibesarkan oleh ibunya, Deborah. Mula tertarik untuk menyertai bidang lakonan selepas menyaksikan persembahan ibunya yang terlibat dalam teater komuniti. Malone menamatkan sekolah menengahnya selepas mengambil GED (General Education Program). 

Sebelum ini, dia telah berlakon dalam filem seperti Contact (bersama Jodie Foster), Donnie Darko, Saved!, Stepmom, Into the Wild.


Carla Gugino



Pelakon ini sudah lama berada dalam barisan pelakon Hollywood seawal tahun 1988 lagi dan telah banyak melibatkan diri dalam filem mahupun drama tv. Antaranya Who's the Boss?, Doogie Howser M.D., The Wonder Years, Chicago Hope, Entourage, Snake Eyes, Spy Kids (1, 2, 3), Sin City, Watchmen, The Unborn, Race to Witch Mountain, Night at the Museum, American Gangster dan yang terbaru - Faster.


Pastinya dengan penayangan filem hebat sebegini akan membantu melonjakkan nama mereka sebaris bintang filem Hollywood yang lain suatu hari nanti. Dengan kata lain, filem Sucker Punch ini bakal menjadi titik tolak kerjaya mereka ke arah yang lebih cemerlang. (Ye ker?) Siapa tahu...


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

3 comments:

DiyanaMukhtar said...

best ke cte ni?

WH said...

emily browning tu sgt cumil..
suka tgk dia since tgk cite lemony's snicket..

THE GREEN said...

diyana: tgk trailer mcm best..blm bpluang nk tgk lg..

farouk: citer lemony snickett tu mmg best..