Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Biasa naik teksi seorang? Biasanya naik bas seorang diri? Hahaha... Ini ada kisah seorang penumpang pesawat Philippines Airlines yang menarik.
Penumpang ini berpeluang menaiki pesawat seorang diri dari Manila ke Boracay. Selain dia, hanya dua orang kru penerbangan dan dua juruterbang.
Alex Simon, 28, seorang blogger Austria berkata itu pertama kali dia mendapat pengalaman sebegitu apabila dimaklumkan pesawat dinaikinya akan berlepas dalam masa 30 minit bukannya 2 jam kerana dia satu-satunya penumpang ketika itu. Dia pada awalnya terkejut dan tidak percaya.
Disebabkan hanya dia seorang, maka dia meminta untuk duduk di tepi tingkap dan tiada halangan daripada kru penerbangan.
Bercakap tentang pengalamannya, Simon berkata ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila dapat terbang merentasi antara pulau paling cantik di dunia, tetapi yang lebih menarik kerana dapat melaluinya berseorangan seperti superstar. Simon dalam perjalanan ke Boracay yang terletak 315km dari Manila dengan pantainya yang berpasir putih.
Dalam industri penerbangan, perkara ini bukanlah pelik kerana pada 2015, seorang penumpang warga British, Nigel Short, menaiki pesawat Air Zimbabwe dari Johannesburg ke Victoria Falls. Pesawat Boeing 737 itu mampu membawa sehingga 100 orang penumpang pada satu masa.
No comments:
Post a Comment