Gambar ihsan: FB
Assalamualaikum.....
Bila sampai masanya tamat tempoh cukai jalan, selain daripada ingat bila tarikhnya, pemandu kenalah dapatkan pelekat baru daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pelekat berwarna biru ini kalau dahulunya dilekatkan pada cermin depan di bahagian tengah atas. Dahulu bentuknya segiempat sama. Itu sewaktu di zaman budak-budak dan saya selalu lihatnya ada di situ pada kereta keluarga. Kalau tengok pada kenderaan orang lain, ada yang dilekat berderet-deret dengan yang entah berapa lama. Itu seingat sayalah .. hehehe :-)
Entah bila peraturan itu ditukar. Sekarang ini bentuknya berlainan dan perlu dilekat pada cermin depan di bahagian kiri bawah. Itu pun dibenarkan satu pelekat sahaja. Buat apa mahu lekatkan yang tidak perlu dan sudah tamat tempoh.
Masalah biasa bila mahu mencabutnya ialah pelekat sudah lekat pada cermin sebab sudah dilekat pada cermin tanpa ditanggal paling tidak, setahun. Paling sekejap, 6 bulan.
Untuk tanggalkannya, mula-mula tanggalkan dahulu semua bahagian pelekat yang boleh ditanggal.
Kemudian gunakan kain dan sapukan sedikit cecair penanggal gam atau
adhesif pada sisa lekatan yang masih ada pada cermin. Saya gunakan jenis
Waxco Glue Gone. Sapu hingga rata dan biarkan sekejap.
Kemudian kikiskan semua bahagian sisa yang masih ada dengan pembaris
plastik. Jangan gunakan alatan besi sebab akan membuatkan cermin
bercalar.
Kemudian sapukan cecair penanggal gam tadi pada bahagian sisa lekatan,
biarkan sekejap, dan beruskannya dengan sedikit air dan sabun basuh.
Gunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan atau berus lembut.
Kemudian lap dan keringkan.
Lekatkan pelekat cukai jalan yang baru.
Siap!
No comments:
Post a Comment