MY FOLLOWERS

Thursday, February 23, 2012

Sekadar Luahan - Tekanan Yang Terbuku di Hati, Terima Kasih Datang Singgah :-)

Kredit kepada: HH, Mak Dara, Bloggers
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum......

Kebelakangan ini saya sangat jarang blogwalking ke mana-mana blog kerana kesibukan menghantar permohonan kerja, projek yang baru bermula serta latihan sebelum ujian kenaikan karate-do yang bakal diadakan bulan depan. Masih banyak juga draf entri yang belum disiapkan dan dengan jumlah pengikut yang kini melepasi angka 500, agak sukar untuk saya melakukan blogwalking.

Tidak tahu bagaimana harus diluahkan kecuali mengharapkan supaya anda faham-faham sendiri. Semuanya sudah bercampur-campur dan dalam minda ini, segalanya agak tidak menentu.




Kesakitan buku lali akibat kecederaan sewaktu latihan intensif pagi tadi menghadkan sedikit pergerakan. Mungkin saya tidak akan ke mana-mana dalam sehari dua ini. Ah, tekanan lagi! Inilah antara yang buatkan saya tidak dapat tidur lena dan termimpi-mimpi baru-baru ini.... 

Percubaan kali pertama mengendalikan kelas baru-baru ini buatkan saya 'blank' seketika. Tidak tahu dari mana perlu mulakannya. Rasanya saya perlukan lebih masa untuk betul-betul bersedia melakukannya .... atau mungkin saya perlukan sesuatu sebagai kick-start...

Entahlah, saya pun tak tahu... saya lakukannya kerana minat. Jika tidak, masakan saya boleh berada bersama persatuan ini selama 21 tahun? Namun begitu, saya terfikir kadangkala manusia takut pada sesuatu yang tidak munasabah.. Apa sebenarnya yang ditakuti? Mungkin itu sekadar ketakutan yang tercetus dalam minda? Kita rasa kewujudannya dalam minda, tetapi tidak dapat menyentuhnya. Jadi, ia sebenarnya boleh dibuang. 

Adakah keadaan saya sebenarnya begitu?? Jika dilihat dari sudut realiti, tiada apa pun yang perlu ditakuti. Jika tidak, kenapa orang lain boleh melakukannya?

Runsing dan kadangkala apa yang berlaku sejak akhir tahun lalu buatkan saya agak bingung. Masakan tidak, banyak permohonan kerja yang dihantar tidak mendapat jawapan yang dinantikan. Semua senyap begitu sahaja tanpa sebarang jawapan. Yang membalas, mengatakan permohonan tidak berjaya. Mungkin dalam 10-20 syarikat, hanya 1 sahaja yang membalas sebegini. Boleh kira dengan jari :-(

Sibuk!

Terus terang, saya sekarang sudah 3 bulan tidak bekerja. Lagi menekankan, bila memikirkan anak pertama yang semakin membesar dan yang kedua bakal lahir sebelum Aidilfitri tahun ini. Dalam mencari kerja, bukannya tiada yang menolong. Ramai yang sudi, dengan macam-macam cara dan ramai 'kabel besar' dicari. Sehinggakan kepada anak jutawan pun dicari untuk membantu saya dalam perihal mendapatkan pekerjaan tetap. Susah sebenarnya mahu mengharap dengan kerjaya jurulatih ini kerana bidang pekerjaan tetap di luar sana lebih terjamin, terutama dari segi kewangan. Sedikit sebanyak terkesan juga di hati dan terharu memikirkan masih ramai yang ikhlas membantu. Namun segalanya terpulang kepada Allah s.w.t. untuk tentukan di mana dan bila rezeki itu akan sampai di tangan kita. Lambat atau cepat itu ada hikmahnya.

Yang penting, buat masa ini, usahakan dahulu apa-apa yang patut. Sebagaimana generasi muda kini, antara cita-cita saya ialah mahu mendapat kerja tetap dan stabil!

Tidak tahu ke mana lagi untuk minta tolong berkenaan hal kerja ini, saya terfikir - ada tak sesiapa di kalangan blogger boleh bantu? Apa kata HH? Apa kata Mak Dara?


Penulis mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang datang singgah dan mengikuti blog yang tidak seberapa ini, terutamanya yang datang dari entri di blog Hasrulhassan dan penulisnya sendiri. Terasa dihargai dan lega sedikit daripada tekanan nie...

6 comments:

PCL said...

Sabar bro..pasti ada jalannya.

RHI said...

akak pun tak tahu nak kata apa...InsyaAllah...pasti ada jalan keluar nanti...

moga cepat sembuh dari kecederaan

LindaLittle said...

Sama-sama...hehe

apa pun didoakan semoag di murahkan rezeki dan beroleh pekerjaan yang diperlukan...

Nizam Ijam said...

bawak bersaba dan berdoa..

Gigi Besi said...

salam ,

Allah sudah tahu yang terbaik untuk anda , percayalah :)

THE GREEN said...

timakasih smua...moga Allah balas kebaikan kalian..