MY FOLLOWERS

Saturday, February 11, 2012

Artikel - Menamakan Anak, Berilah Nama Yang Baik

Kredit kepada: Bersama Mazidul, HH 
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum......

Dalam kehidupan, setiap benda termasuk manusia perlukan nama supaya mudah dikenali dan dipanggil. Semestinya disertakan dengan makna yang baik. 


Sebagai ibu bapa dan pemberi nama kepada yang baru diharikan, adalah penting untuk mempertimbangkan apakah nama yang akan diberikan dan kesannya terhadap si kecil apabila dewasa kelak, kerana sebagaimana diketahui, nama itu juga adalah doa. Nama dengan makna yang baik akan menjadi doa yang baik ke atas si penama berkenaan.

Contohnya, 'Ah Kau' bermaksud 'anjing' dalam Kantonis (rujuk ruangan komen entri DI SINI

Pasti tiada empunya nama suka dipanggil dengan namanya jika sudah mengetahui maksud namanya yang tidak elok. Justeru, mulakanlah memberikan nama dengan makna yang baik kepada si kecil sejak dari awal kelahirannya. 

Walaubagaimanapun, sekiranya nama dengan makna yang tidak elok itu sudah digunakan bertahun-tahun tanpa mengetahui akan maknanya (contohnya jika generasi terdahulu menamakan si empunya badan tanpa ilmu berkenaan pemberian nama ini), masih belum terlambat untuk menukarnya. Pilihlah nama baru, buatlah penukaran dan rujuklah pada jabatan yang berkenaan. Ikutlah prosedur yang ditetapkan. Ini adalah demi kebaikan di masa hadapan dan sehingga ke alam akhirat kelak. Ini kerana terdapat hadis yang menyentuh perkara ini:

“Sesungguhnya kamu sekalian akan diseru (dipanggil) pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh demikian, elokkanlah nama-nama kamu”. - Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Abu Darda' r.a.

Nama panggilan iaitu nama yang selain daripada nama asalnya, juga mestilah yang mempunyai makna yang baik. Banyak contoh boleh diambil seperti nama panggilan Aisyah yang diberikan oleh Rasulullah, Humaira (yang kemerah-merahan). Begitu juga dengan Imam Bukhari atau nama sebenarnya, Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari. Kata 'Bukhari' adalah sempena nama tempat kelahirannya, kota Bukhara. 

Rujuk DI SINI untuk lebih lanjut mengenai Imam Bukhari.


Adakah wajib menukar nama?
Pendapat penulis, bagi orang Islam, hanya sekiranya mengetahui nama asalnya mempunyai makna yang tidak elok. Bagi yang baru bertukar agama (masuk Islam), adalah tidak wajib namun masih tidak salah jika ingin menukarnya sekalipun. Berikan penekanan kepada makna nama tersebut.

Anda juga boleh rujuk entri ini dan entri ini untuk lebih jelas. 

2 comments:

RHI said...

pernah dengar juga orang2 pandai bercakap, katanya..nama itu juga pengaruh dalam keperibadian kitakan?

Hansyirah Takezur said...

nama sekarang banyak pelik2. sampai 4,5 patah nama anak. yang panggilnya nanti peah je. xde maksud gak.. haiyoo