MY FOLLOWERS

Thursday, February 2, 2012

Hidupan Liar - Monyet Yang Dipercayai Pupus Ditemui di Indonesia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum..


JAKARTA, Indonesia (AP) - Saintis yang bekerja di hutan tebal di Indonesia dikatakan menemui semula sejenis monyet yang besar yang jarang dilihat yang kini dipercayai berdepan dengan kepupusan. Mereka menjangkakan menemui spesis langur beruban Miller yang memiliki muka berwarna hitam yang berbulu, berkolar putih seperti drakula di kawasan luar daripada sempadannya yang pernah direkodkan sebelum ini. 

Pasukan saintis meletakkan kamera di hutan Wehea di hujung kawasan utara Pulau Borneo pada Jun lalu, dengan harapan dapat menangkap gambar harimau bintang, orang utan dan hidupan liar lain yang berhimpun di beberapa tasik garam mineral. 

Hasilnya mereka mendapat imej yang mengejutkan iaitu sekumpulan monyet yang jarang dilihat sebelum ini. Tanpa kewujudan foto langur berbulu, ia adalah satu cabaran untuk mengesahkan apa yang disampaikan, kata Brent Loken, ketua penyelidik yang juga pelajar Ph.D. di Simon Fraser University di Kanada. Yang ada hanyalah lakaran dari muzium. 

"Kami sungguh gembira, kerana setidak-tidaknya spesis ini masih hidup dan ia ada di Wehea," katanya. Monyet ini memiliki mata yang berhud, mulut dan hidung merah jambu, mendiami kawasan utara Borneo, sekaligus kepulauan Sumatra dan Jawa juga semenanjung Thai-Malay. 

Namun begitu, beberapa tahun lalu keprihatinan yang disuarakan menyatakan yang spesis ini menghadapi kepupusan.

Baca selanjutnya DI SINI.

No comments: