MY FOLLOWERS

Wednesday, February 15, 2012

Artikel - Apa Itu Inflasi?

Kredit kepada: Quran.com, Syok.org
Gambar ihsan: Quran.com, Syok.org


Assalamualaikum....

Terlebih dahulu, dimulakan dengan firman Allah:


Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. - Surah al-Baqarah: ayat 276

 

Bila manusia mula mengamalkan mengambil riba / interest, maka Allah akan menarik semula berkat daripada harta kita. Kesannya, terjadilah inflasi dalam sesebuah negara. 

Apa itu inflasi?

Secara umumnya, inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga barangan dan perkhidmatan secara umum dan terus menerus selama waktu tertentu.


Komponen Inflasi
 
Ada tiga komponen yang menunjukan terjadinya inflasi
 
1. Kenaikan harga
Harga suatu barang komoditi dikatakan naik jika menjadi lebih tinggi daripada harga bagi jangka masa sebelumnya.

 
2. Bersifat umum
Kenaikan harga suatu komoditi belum dapat dikatakan mengalami inflasi jika kenaikan tersebut tidak menyebabkan harga naik secara umum.

 
3. Berlaku secara berterusan
Kenaikan harga yang bersifat umum tidak akan menyebabkan inflasi, jika terjadi dalam jangka waktu yang sekejap. Disebabkan hal ini, pengiraanya bersifat bulanan atau tahunan.

 
Hal inilah yang dinyatakan Allah di dalam al-Quran di dalam ayat di atas, riba itu kesan akhirnya adalah kekurangan. Selagi mana kita berada di dalam sistem yang mengamalkan riba, masyarakat akan terus tertekan dengan keupayaan membeli yang sentiasa berkurangan.


Berdasarkan carta DI SINI apa yang dapat anda rumuskan? Kenapa kadar inflasi sesebuah negara itu begitu tinggi?

Ini halnya di dunia, hanya sekadar harga barangan yang terus meningkat. Walaubagaimanapun, Allah telah memberi amaran kepada kita tentang balasan yang lebih perit di akhirat seperti mana firmanNya:


Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. - Surah al-Baqarah: ayat 281

Maka marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali kepada sistem yang tiada riba. Antara langkah yang perlu diambil adalah kembali kepada penggunaan matawang dinar dan dirham. Matawang yang disebut Allah di dalam al-Quran.


Keadaan ekonomi di Zimbabwe


Sekeping matawang USD100 dibandingkan dengan selonggok wang kertas Zimbabwe. Apa sebenarnya telah berlaku? 



100 billion dollar Zimbabwe hanya mampu untuk membeli tiga biji telur! (Lebih kurang RM1 atau RM1.30 duit Malaysia untuk tiga biji telur)



No comments: