Kredit kepada: Yahoo
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum....
Ketika isu K-Pop begitu hangat diperkatakan tahun lalu, penulis ada mengeluarkan satu entri yang menyentuh serba sedikit mengenai perbezaan dua budaya dan beberapa persoalan berkaitan agar pembaca berfikir dan menilai sendiri baik buruknya.
Padan muka kau!!!
Pun begitu, dalam banyak komen yang dibenarkan disiarkan di blog ini, sebenarnya ada satu komen yang dihantar dengan nama Anonymous yang tidak disiarkan kerana ditulis dengan ayat bersifat agak kurang ajar, menghentam dan tidak menghormati pendapat orang lain. Sewaktu dikomen sedemikian, penulis agak marah dan terkilan kerana ada manusia yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat sebegitu.
Penulis mengetahui bahawa dia juga sebenarnya penulis blog sebagaimana yang lain. Agak terkenal dengan entri foto menyentuh tentang isu semasa serta ayat yang adakalanya agak kasar. Pengikutnya juga ramai. Siapa? Anda carilah sendiri.
Sebelum anda tersilap, ia bukanlah HH atau yang seangkatan dengannya. Mereka di kalangan penulis yang baik, bermotivasi dan banyak memberi panduan dan pengetahuan buat pembaca-pembacanya.
Waaarrrggghghghghghghgh !!!
Baru-baru ini blog berkenaan dipecah masuk dan sebahagian entri yang terdahulu dipadamkan oleh si penceroboh. Bagi si penceroboh, ia berkaitan menguji sejauh mana tahap keselamatan blog berkenaan. Dari satu segi penulis menganggap apa yang berlaku itu sebagai pembalasan. Rasakanlah!
Bukankah sepatutnya blog menjadi tapak meluahkan pendapat dan idea secara berhemah? Apa salahnya jika ditulis luahan dengan bahasa yang elok dan tidak menyakitkan hati? Jika blogger berkenaan membaca ini, biarkanlah apa yang orang lain mahu tulis atau luahkan! Kalau tiada apa yang baik mahu dikongsikan, diam dan jangan hentam!
Lagi baik dan daripada menyakitkan hati orang lain - JANGAN KOMEN!!
No comments:
Post a Comment