MY FOLLOWERS

Friday, February 3, 2012

Artikel - Awasi Lidah Anda

Kredit kepada: Google+
Gambar ihsan: Google+



Assalamualaikum....

Kata-kata yang keluar dari mulut seseorang mampu memberikan kesan ke atas orang lain. Jadi, gunakanlah kelebihan ini sebaik mungkin. Fikirkan dahulu sebelum berkata-kata, apakah kesannya terhadap orang lain. Jika dikhuatiri akan mendatangkan lebih banyak mudarat, adalah lebih baik diam sahaja.



Daripada Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya daripada bencana lidah dan perbuatannya." - Hadis riwayat Muslim


Boleh juga lihat di sini.