MY FOLLOWERS

Thursday, February 9, 2012

Artikel - Tayar: Beri Perhatian Pada Masalah Berkaitan Dengannya

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Lagi perkara berkaitan tayar kenderaan yang perlu anda tahu.






Tayar adalah antara bahagian yang perlu diberi perhatian sewaktu meneruskan perjalanan selain enjin. Jika melakukan perjalanan dalam keadaan kempis, mungkin akan membahayakan nyawa anda. Perlu bagi anda agar sentiasa memastikan tayar dalam keadaan baik setiap kali melakukan perjalanan seperti ada angin yang mencukupi, tidak kempis atau bocor serta tidak dalam keadaan 'botak' atau tiada bunga.





Jika ada masalah lain yang berkaitan yang boleh menjejaskan keadaan tayar, ia juga perlu diberi perhatian. Contohnya, jika pelapik brek (brake pad) sudah haus dan belum ditukar dan anda masih meneruskan perjalanan, akan kedengaran bunyi besi bergesek apabila menekan brek. Ini disebabkan besi pelapik brek sudah 'makan' bahagian tepi rotor apabila brek ditekan. Keadaan ini turut menjejaskan bahagian dalam permukaan tayar seperti dalam gambar di atas. Begitu juga dengan travelling arm dan drive shaft.

Pun begitu, seperti keadaan di atas, anda belum lagi perlu menukar tayar kerana masih boleh digunakan. Secara kebiasaannya, jika tiada masalah seperti di atas, anda hanya perlu menukar tayar kereta setiap 80,000 km bergantung kepada jenis tayar dan kenderaan.

Seperkara lagi, setiap kali tayar ditukar atau dicabut, pastikan anda membuat penjajaran (alignment) dan keseimbangan (balancing) apabila tayar dipasang semula.

No comments: